Link Copiedcheck_circle
EV

10 Pengecas EV Percuma Disediakan Di Shah Alam, Akan Ditambah

Sofea Najmi

Kongsi melalui

MBSA-Sedia-Pengecas-EV-Percuma-Shah-Alam-1.png

Timbalan Menteri Pengangkutan (dua, kanan) Datuk Hasbi Habibollah dan Datuk Bandar Shah Alam Dr Nor Fuad Abdul Hamid melawat pameran  selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Eastern Asia Society For Transportation Studies (EASTS) ke-15 di Pusat Konvensyen MBSA (Foto: Remy Arifin/Selangor Kini)


Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menyediakan 10 pengecas kenderaan elektrik (EV) secara percuma di beberapa lokasi di bawah pentadbiran mereka. Penyediaan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan infrastruktur EV di Shah Alam.


Datuk Bandar Shah Alam, Nor Fuad Abdul Hamid, menyatakan bahawa pengecas EV boleh didapati di lokasi seperti Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Wisma MBSA, dan beberapa pejabat cawangan MBSA. Pihak MBSA telah menjalin kerjasama dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA) serta syarikat swasta untuk membangunkan lebih banyak pengecas EV.


CariCarz_Review_Hyundai-Kona-Electric-e-max_-3.jpg


Nor Fuad juga menjelaskan bahawa mereka sedang melakukan penyelarasan dengan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) dan Kementerian Pengangkutan untuk mematuhi garis panduan yang baru dilancarkan. Pemasangan pengecas EV akan dipantau dan disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST).


Usaha ini adalah sebahagian daripada rancangan kerajaan negeri untuk menyediakan kira-kira 1,000 pengecas EV di kawasan pentadbiran 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor menjelang akhir tahun ini, terutamanya Shah Alam; Petaling Jaya; Subang Jaya; Klang; Kajang serta Ampang Jaya.


Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan dan Alam Sekitar negeri Hee Loy Sian berkata setakat ini terdapat 102 pengecas EV di seluruh negeri ini serta perbincangan sedang giat dijalankan untuk menambah kemudahan tersebut.


Sumber: Selangor Kini


Tag:

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
MBSA
Pengecas EV percuma
Pengecas EV Malaysia
Shah Alam
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kereta Rosak Anda Masih Di Petak Parkir Sekitar Bengkel? Sedia ‘Ditarik’ MBSA

Kereta Rosak Anda Masih Di Petak Parkir Sekitar Bengkel? Sedia ‘Ditarik’ MBSA

Pasukan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mula menggerakkan operasi menunda kenderaan tersadai seawal Januari tahun 2026.

10-12-2025
Berita Auto
Paras Air Sungai Meningkat: Beberapa Jalan Di Shah Alam Ditutup!

Paras Air Sungai Meningkat: Beberapa Jalan Di Shah Alam Ditutup!

Beberapa laluan utama di sekitar di Shah Alam i ditutup sepenuhnya selepas paras air meningkat susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

24-11-2025
Berita Auto
Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Berlangsung 13 Julai Ini, Ini Lokasi Terlibat

Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Berlangsung 13 Julai Ini, Ini Lokasi Terlibat

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup beberapa laluan sempena acara Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan pada hari Ahad, 13 Julai ini.

08-07-2025
Berita Auto
MBSA: Parkir Percuma, "Golden Parking" Untuk Warga Emas

MBSA: Parkir Percuma, "Golden Parking" Untuk Warga Emas

MBSA memperkenalkan inisiatif parkir percuma atau ‘Golden Parking untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas, baru-baru ini.

26-05-2025
EV
Bas EV Kurangkan 700kg Karbon Dioksida Sehari Di Shah Alam

Bas EV Kurangkan 700kg Karbon Dioksida Sehari Di Shah Alam

Penggunaan bas elektrik dapat mengurangkan pencemaran udara.

25-02-2025
Berita Auto
Shah Alam Ada Lot Parkir 2 Jam

Shah Alam Ada Lot Parkir 2 Jam

MBSA menyediakan kemudahan 67 petak parkir kereta bagi tempoh dua jam.

05-01-2024
Berita Auto
Banyak Jalan Di Shah Alam Ditutup Ahad Ini

Banyak Jalan Di Shah Alam Ditutup Ahad Ini

Beberapa jalan di Shah Alam akan ditutup pada Ahad ini.

23-06-2023
Berita Auto
Medan Uji Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Dilancarkan MoT

Medan Uji Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Dilancarkan MoT

Kementerian Pengangkutan (MoT) melancarkan Medan Uji Regulatori Negara untuk menguji penggunaan kenderaan mikromobiliti di negara ini.

14-03-2023

Berita Terkini

EV
UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV
Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV
Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV
BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV
Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV
smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV
Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV
Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026