Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BMW Naik Taraf Pemilikan, Ada Waranti Lanjutan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BMW Group Malaysia memperkenalkan  program pascajualan baharu untuk menawarkan Pengalaman Pemilikan Premium untuk para pemilik model terpakai BMW Premium Selection (BPS) di Malaysia.

Pakej BPS ini menawarkan pakej-pakej lanjutan waranti dan servis yang baharu sekali gus  membolehkan pelanggan tidak perlu bimbang untuk memiliki kereta BMW.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, pihaknya sentiasa mahu memastikan yang terbaik buat para pelanggan termasuk aspek pemilikan dan pengalaman.

Program BMW Premium Selection baharu yang komprehensif ini dirumus untuk membolehkan para pelanggan setia

“Ia adalah tanda aras baharu dalam pasaran kereta mewah terpakai di samping membuktikan aspirasi kami untuk terus menunaikan janji Sheer Driving Pleasure di aras yang tertinggi merentasi seluruh portfoliokenderaan kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk makluman anda, Program Waranti Lanjutan (EWP) ditaja oleh Allianz General Insurance (Malaysia) Bhd.

Ia menawarkan   dua tahun liputan waranti tambahan kepada tempoh waranti lima tahun yang sedia ada. 

image.png

Laipun, mulai September 2023, para pelanggan mempunyai pilihan untuk membeli pakej waranti komprehensif selama dua tahun  berbanding pakej satu tahun yang standard.

Malah, para pelangan juga dikehendaki untuk menservis kenderaan mereka hanya di Pusat Pengedaran BMW Bertauliah tempatan sebagai syarat kesahihan program tersebut. 

Pelanggan juga boleh merujuk kepada butiran harga pakej mengikut varian model dengan mengunjungi pusat pengedaran BMW Premium Selection yang bertauliah.

Dengan pakej Inklusif Servis BMW (BSI), pelanggan dapat menikmati khidmat servis berkualiti selama satu tahun lagi sebagai penambahan kepada tahun pemilikan kenderaan mereka yang keenam dan ketujuh.

Selain itu, ia juga  memastikan Kereta Terpakai Berperakuan BMW akan terus diberi penjagaan yang terbaik oleh barisan juruteknik pakar BMW dengan harga yang bermula daripada RM 5,300.

Untuk menaik taraf lagi pengalaman, anda boleh layari laman web https://www.bmwpremiumselection.com.my/.



Gallery

Tag:

BMW Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Harga BMW Malaysia 2026 Naik Cecah RM16,000 – Model ICE Paling Terkesan!

Harga BMW Malaysia 2026 Naik Cecah RM16,000 – Model ICE Paling Terkesan!

Susulan semakan prestasi perniagaan minggu lalu, BMW Malaysia memulakan tahun 2026 dengan berita yang mungkin kurang enak buat bakal pembeli.

21-01-2026
Kereta Baru
BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K

BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K

BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro.

15-01-2026
Kereta Baru
BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia

BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia

BMW Group Malaysia awal hari ini telah memperkenalkan 2026 BMW iX1 eDrive20L M Sport. jawapan buat mereka yang mahukan bukan sahaja sebuah jentera mewah tetapi dengan keselesaan luar biasa.

15-01-2026
Pandu Uji
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

10-11-2025
Kereta Baru
Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.

21-07-2025
Kereta Baru
BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.

21-07-2025
Kereta Baru
BMW M4 Competition M xDrive LCI 2025 Rasmi Di Malaysia – Dari RM878,800

BMW M4 Competition M xDrive LCI 2025 Rasmi Di Malaysia – Dari RM878,800

Pameran MY BMW World 2025 yang kini sedang berlangsung menyaksikan kemunculan model BMW M terbaru, iaitu versi facelift bagi BMW M4 Competition M xDrive (G82).

13-06-2025
Kereta Baru
BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800

BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800

Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.

13-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto
Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto
PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto
Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto
Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto
LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto
Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026