Link Copiedcheck_circle
EV

Cukup Macho, Sporty Habis, Tiba Tak Lama Lagi?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya Toyota Motor Corporation (TMC) telah memilih untuk menggunakan jenama Lexus untuk memperkenalkan model EV generasi pertama, yang akan menggunakan teknologi bateri baharunya.

Menjelang penampilan sulungnya pada pameran Tokyo Motor Show 2023  yang akan datang, Lexus telah mendedahkan lakaran model konsep EV terbaharunya, dengan mempamerkan elemen reka bentuk yang cukup luar biasa.

Imej penggoda yang tersebar di media sosial menunjukkan modular EV itu masih belum didedahkan secara rasmi.

image.png

Menjengah bahagian luarannya, ia menampilkan lampu nyalaan siang hari LED berbentuk L yang lazimnya ada pada kebanyakan model Lexus ketika ini.

Malah, ia turut menampilkan siluet yang agak sporty seperti mana yang didedahkan dalam imej teaser pada awal tahun ini.

Difahamkan, Lexus serba baharu ini akan dibina menggunakan pelantar modular, selain memanfaatkan teknologi yang ada pada syarikat induk Toyota termasuklah barisan pengeluaran autonomi dan teknik tuangan giga casting.

image.png

Melalui proses baharu ini, Toyota mendakwa kos pengeluaran  teknologi bateri baharu ini adalah lebih rendah 20% berbanding dengan  bZ4X.

image.pngimage.png

Lebih menarik, Toyota mendakwa  pek bateri lithium-ion 'Prestasi' generasi seterusnya yang digunakan pada konsep Lexus EV baharu ini boleh dicas daripada 10% hingga 80% hanya dalam  masa 20 minit .

Untuk itu, ia mampu melakukan perjalanan sejauh 800 kilometer dengan hanya sekali cas.

Begitupun,  tiada butiran dikongsi mengenai persediaan rangkaian kuasa model baharu ini namun ia sudah pun ditayangkan di Thailand pada awal tahun ini.

image.png

Untuk pasaran Thailand, model Lexus RZ 450e EV  dikuasakan oleh pacuan semua roda (AWD) dwi-motor DIRECT4  dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 308 hp dan 435 Nm.

Ini membolehkan SUV ini memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam  5.3 saat.

Sebelum teaser konsep Lexus EV ini, Toyota ada mendedahkan teaser baharu versi pengeluaran model konsep SUV Kompak bZ miliknya.

Bagaimanapun, tiada tarikh pelancaran yang didedahkan.

image.png

Apapun, ia akan membuat penampilan sulungnya sempena pameran Japan Mobility Show 2023 pada Oktober ini.

Konsep Lexus EV baharu ini akan menerajui kepantasan elekmobiliti Toyota, di mana jenama itu merancang untuk melancarkan 10 model EV baharu menjelang 2026, diikuti dengan sasaran jualan EV tahunan sebanyak 1.5 juta. Pengeluaran model EV baharu adalah berdasarkan konsep modular ini dijangka akan dimulakan kemudian pada 2026.

Gallery

Tag:

lexus ev concept
lexus ev modular concept
Toyota Motor Corporation
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Toyota Bakal Dirikan Kilang Keenam Di Jepun

Toyota Motor Corporation mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kilang pengilangan kenderaan baharu di Jepun, terletak berhampiran kawasan Teihoucho di Toyota City, wilayah Aichi.

08-08-2025
Global

Akio Toyoda Dilantik Semula Sebagai Pengerusi Toyota, Apa Yang Berlaku?

Akio Toyoda telah dilantik semula sebagai Pengerusi Toyota Motor Corp. oleh pemegang saham syarikat itu walaupun terdapat skandal berkaitan tadbir urus dan ujian pensijilan.

21-06-2024
EV

Toyota Ambil Alih Syarikat Pengeluar Bateri EV Panasonic

Toyota Motor Corporation telah menyelesaikan pengambilalihan Primearth EV Energy Co., Ltd. (PEVE).

28-03-2024
Global

Kepimpinan Baharu Berkuat Kuasa 1 Mac 2024

Gara-gara skandal penyelewengan ujian keselamatan, pengeluar kereta Jepun, Toyota Motor Corporation (TMC) menggantikan kepimpinan baharu semalam.

14-02-2024
Berita Auto

Skandal Daihatsu: Ini Tindakan Daihatsu

Daihatsu akan menghentikan pengeluarannya di Jepun sehingga akhir Januari 2024,

26-12-2023
Global

Adakah Model GR Akan Diabaikan? Ini Penjelasan CEO Baharu Toyota

Peletakan jawatan presiden dan CEO Toyota, Akio Toyoda, telah menimbulkan kebimbangan peminat kereta sport di seluruh dunia.

02-05-2023
Berita Auto

Pengerusi Kehormat Toyota, Shoichiro Toyoda Meninggal Dunia Pada Usia 97 Tahun

Pengerusi Kehormat Toyota Motor Corp, Shoichiro Toyoda dilaporkan telah menghembuskan terakhirnya di usia 97 tahun.

15-02-2023
EV

CEO Toyota Letak Jawatan, Penggantinya, Koji Sato, Akan Tumpu Pada EV?

Syarikat pengeluar kereta Jepun, Toyota Motor Corporation, telah mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Operasinya (CEO), Akio Toyoda, yang berkuat kuasa 1 April ini.

27-01-2023

Berita Terkini

EV

Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.

17-04-2026
EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026