Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Diskaun Hingga RM23K Untuk Pembelian Model VW IQ.Drive Dengan Gemilang Deals

Sofea Najmi

Kongsi melalui

VW-Gemilang-Deals.jpg


Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan tawaran istimewa 'Gemilang Deals' sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Hanya ditawarkan dalam tempoh terhad, Gemilang Deals menawarkan diskaun 'kaw-kaw' sehingga RM23,000 untuk pembelian model Volkswagen IQ.Drive yang dijual di Malaysia. 


Tiguan-AS-Elegance.jpgweb_VW-Tigual-Allspace-IQ.Drive_3.jpg

Pembelian model Volkswagen Tiguan Allspace Elegance (kiri) dan R-Line (kanan) melalui Gemilang Deals memberikan diskaun sehingga RM15,000


Sah sehingga 31 Oktober tahun ini, pelanggan boleh memiliki Volkswagen Tiguan Allspace Elegance baru pada harga diskaun RM192,990 – RM10,000 lebih murah berbanding harga asal RM202,990. Sementara itu, varian Tiguan Allspace R-Line yang paling tinggi dalam rangkaian ini mendapat kadar diskaun yang lebih tinggi pada RM15,000,  iaitu hanya RM240,990 berbanding harga asal RM255,990.


CariCarz_VW_Golf_GTI_Mk8_Review_-2.jpgRESIZE_VW-ARTEON-R-LINE-4MOTION.jpg

Volkswagen Golf GTI (kiri) & Arteon R-Line 4Motion (kanan)


Bagi model IQ.drive lain, di bawah Gemilang Deals, Volkswagen Golf GTI kini berharga RM234,990 - diskaun RM10,000 daripada harga asal RM244,990. Akhir sekali, Volkswagen Arteon R-Line 4Motion mendapat diskaun paling tinggi antara semua model VW IQ.Drive. Kini pada harga RM276,990, dengan potongan harga sebanyak RM23,000 daripada harga asal RM299,990.


ACARA VOLKSWAGEN TOUR 


CariCarz_Volkswagen-Golf-R-CKD_R-Rated_launch_-(2).jpgCariCarz_Volkswagen-Golf-R-CKD_R-Rated_launch_-(4).jpg

Penampilan awam pertama Volkswagen Golf R CKD akan diadakan semasa Volkswagen Tour  


Acara Volkswagen Tour kini sedang berlangsung di 1 Utama Shopping Centre dari 6 hingga 10 September. Selain daripada tawaran diskaun istimewa, pameran model IQ.Drive dan sesi pandu uji, pengunjung juga berpeluang untuk melihat model Volkswagen Golf R CKD yang akan dilancarkan tidak lama lagi. 


CariCarz_Volkswagen-Golf-R-CKD_R-Rated_launch_-(7).jpgCariCarz_Volkswagen-Golf-R-CKD_R-Rated_launch_-(6).jpgCariCarz_Volkswagen-Golf-R-CKD_R-Rated_launch_-(5).jpgCariCarz_Volkswagen-Golf-R-CKD_R-Rated_launch_-(13).jpg


Dipasang di kilang Pekan VPCM,  Golf R baharu ini akan dilengkapi dengan pakej Prestasi R sebagai ciri standard. Pakej ini akan memberikan pelbagai sentuhan sporty yang termasuk rim Estoril 19 inci, spoiler belakang yang agresif, serta sistem ekzos Akrapovic titanium dengan empat corong. Selain pakej rekaan ini, Golf R yang telah dikemas kini juga hadir dengan mod pemanduan 'Drift' dan 'Special' baharu. 


Untuk maklumat lanjut mengenai Gemilang Deals VPCM dan Volkswagen Tour, anda boleh melawat laman web rasmi Volkswagen Malaysia. 

VW-Gemilang-Deals---1.jpg

Gallery

Tag:

VPCM Gemilang Deals
Promosi Merdeka
Hari Malaysia
VW IQ.Drive
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

JPJ Buka Bidaan Nombor PEndaftaran 'GM' Sempena Hari Malaysia

Bidaan bagi siri NPI itu dibuka mulai hari ini hingga jam 10 malam Sabtu, melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid).

16-09-2025
Berita Auto

Ada Berita Baik Untuk Warga Kota, DBKL Sedang Tawar Saman Trafik

DBKL sedang menawarkan diskaun saman trafik sebanyak RM30 untuk kereta manakala RM10 untuk motosikal.

10-09-2025
Berita Auto

Pengumuman Penting Buat Orang Sabah!

Jom orang Sabah, bayar saman tertunggak anda hari ini.

26-09-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026