Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Diskaun Sehingga RM6 SETIAP HARI Untuk Pengguna KTM, Ini Caranya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

KTMB-Airasia-ride-Caricars-(4).jpg


Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan keretapi KTM Komuter, ETS dan KTM Intercity kini boleh menikmati penjimatan yang hebat menerusi airasia ride, yang terdapat dalam aplikasi airasia Superapp. 


Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan airasia Superapp telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi merasmikan kerjasama antara kedua-dua syarikat. MOU ini telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Korporat KTMB,  Mohamed Suhaimi Yaacob dan Ketua Pegawai Eksekutif Serantau airasia ride, Lim Chiew Shan, di KL Sentral. 


KTMB-Airasia-ride-Caricars-(2).jpg


Untuk meraikan permulaan kerjasama ini, airasia Ride menawarkan diskaun sebanyak RM3 kepada penumpang KTM untuk setiap perjalanan ke dan dari stesen keretapi, dengan jumlah penjimatan sehingga RM6 setiap hari. Kempen ini akan berlangsung sehingga bulan Ogos 2024.


Menurut Mohamed Suhaimi, kod promosi ini boleh digunakan bagi perjalanan pulang-pergi ke dan dari mana-mana 80 stesen KTM, tidak hanya terhad kepada Lembah Klang tetapi juga merangkumi kawasan Utara.


CARA UNTUK MENDAPATKAN DISKAUN KTM


Bagi menebus diskaun ini, penumpang KTM hanya perlu memasukkan kod promosi "KTMRIDE" semasa membuat tempahan airasia ride ke atau dari stesen keretapi melalui aplikasi airasia Superapp.


Lim Chiew Shan berkata, “KTM sentiasa menjadi pilihan utama untuk para pelancong di Semenanjung, dan kerjasama kami pada hari ini akan membolehkan para penumpang untuk melakukan perjalanan dengan selamat dan lebih menjimatkan mana-mana stesen KTM. 


“Sama seperti bagaimana kami telah menyediakan peralihan yang lancar bagi para tetamu AirAsia dari udara ke destinasi akhir mereka, ramai penumpang KTM juga akan dapat menikmati manfaat dan penjimatan daripada kerjasama unik antara kedua-dua syarikat ini.”


Kerjasama ini memberikan peluang kepada penumpang KTM untuk merancang perjalanan mereka dengan lebih mudah dan menjimatkan. Ini adalah langkah positif untuk meningkatkan pengalaman pengangkutan awam di Malaysia. 


Untuk maklumat lanjut mengenai airasia Superapp, anda boleh mengikuti @airasiasuperapp di Instagram atau @airasia di Twitter. Muat turun aplikasi airasia Superapp melalui Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery

Tag:

KTM Komuter
ETS
KTM intercity
KTMRIDE
Diskaun KTM
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

KTMB Perkenal Jadual Baharu KTM Komuter Lembah Klang Bermula 1 Jan 2026

KTMB akan melaksanakan jadual waktu baharu perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang berkuat kuasa 1 Januari 2026.

15-12-2025
Berita Auto

Hari Krismas, Cuti Sekolah: KTMB Tambah 4 Lagi Perkhidmatan ETS

KTMB akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan sempena sambutan Hari krismas dan cuti sekolah.

21-11-2025
Berita Auto

ETS, KTM Komuter Lewat Semuanya Sebab Kecurian Kabel

Perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter lewat pada tahun ini disebabkan kecurian kabel.

21-11-2025
Berita Auto

Komuter, ETS Lewat, Rupanya Disebabkan Kecurian Kabel Lagi

Kecurian sepanjang 350 meter mengakibatkan kelewatan tren melebihi 60 minit bagi perkhidmatan Komuter Utara dan tren elektrik (ETS).

10-06-2025
Berita Auto

Penumpang Terkandas: KTMB Tawar Diskaun 50% Untuk Semua Penumpang Di Lembah Klang

Gara-gara operasi tren lewat, KTMB menawarkan diskaun tambang perjalanan kepada para penumpang KTM Komuter Lembah Klang sebanyak 50% bermula 3 Jun hingga 4 Jun Jun 2025.

03-06-2025
Berita Auto

MOT Cadang Perkenal KTM Komuter di Johor, Sokong RTS Link

Kementerian Pengangkutan (MOT) merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan komuter sebagai sokongan kepada Projek Rapid Transit System Link (RTS Link).

26-04-2024
Berita Auto

Semua 80 Stesen KTM Komuter Kini Boleh Guna Kad Debit, Kredit, E-Dompet

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, telah merasmikan Sistem Pembayaran Terbuka Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

09-02-2024
Berita Auto

Sempena Thaipusam, Tambang Komuter Percuma

Tambang percuma itu bermula 23 Januari ini.

14-01-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026