- Berita
- Kereta Baru
- Gaya Bumbung Roof Art Edition Cukup Bergaya

MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia memperkenalkan MINI Countryman Roof Art Edition yang menampilkan hasil karya Jared Lim.
Bertemakan “Foliage” atau “Dedaun”, beliau menerapkan elemen-elemen kebudayaan Malaysia menerusi MINI Countryman edisi baharu ini.
Ketua MINI Malaysia, Linnet Yew berkata, pihaknya sentiasa mendukung semangat diversiti yangmerentasi pelbagai budaya.

“Menerusi jentera edisi Roof Art yang baharu ini, kami menyokong artis-artis tempatan dalam industri seni, dengan harapan agar kolaborasi seperti ini dapat melahirkan pelbagai produk yang mampu mengeratkan lagi hubungan antara kita dengan para pengguna,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Tambah beliau, Lim mempunyai kreativiti dalam pelbagai tema.
“Untuk itu, BMW Group dan Jared telah berganding bahu dalam pelbagai projek, mencetus kelahiran karya-karya menarik yang terus memberi inspirasi kepada kita semua sehingga ke hari ini.
“Jadi, kami teruja untuk mempersembahkan MINI Countryman Roof Art Edition yang eksklusif ini kepada para pelanggan kerana ia menawarkan pengalaman pemilikan MINI yang lebih peribadi buat mereka,” ujarnya.


Untuk makluman, seni gubahan “Foliage” pada MINI Countryman Roof Art Edition merupakan satu karya visual yang berunsurkan bunga di Malaysia selain bercirikan elemen klasik
Dalam gubahan tersebut, juga terdapat sayap jata MINI yang menjelma melalui gelombang dan sulaman flora Malaysia. D
Di bahagian tengah, objek hati persis permata merangkapkan motifUnion Jack yang turut menghiasi lampu belakang, meter laju, dan kompas, melambangkan keinginan seorang pengembara untuk meneroka dunia baharu.
Di antara rimbunan dedaun terdapat bunga raya, melambangkan pelbagai pengalaman berharga yang menanti seorang pengembara.
Selain bercerita mengenai corak pada jentera ini, MINI Countryman Roof Art Edition disumbat dengan enjin MINI TwinPower Turbo 2 liter, yang mampu menghasilkan 192 kk serta tork 280 Nm.
Ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 7.5 saat manakala kelajuan tertingginya mencecah 226 km/j.

Jentera ini dipadankan dengan transmisi automatic sport dwiklac 7-kelajuan.
Menjengah bahagian dalamannya, MINI Countryman Roof Art Edition turut menampilkan kluster instrumen digital 5” yang terletak di belakang stereng.
Ia dipadankan dengan skrin sentuh 8.8” yang merangkumi kemudahan navigasi, sebuah panel kawalan audio, butang lampu kecemasan dan sistem-sistem bantuan pemandu yang diintegrasikan ke dalam unit kawalannya yang berbentuk bulat.
Terdapat juga paparan Head dan sistem bunyi HiFi Harman Kardon dengan 12 pembesar suara.
Bagi yang berminat, ia dijual pada harga RM264,888 dan didatangkan dengan tiga pilihan warna: British Racing Green, Chilli Red dan Island Blue .

MINI Countryman Roof Art Edition ini juga hadir dengan program bantuan tepi jalan selama lima tahun.
Ia ditawarkan untuk semua kenderaan MINI bersama pelbagai perkhidmatan komprehensif yang merangkumi:
- Bantuan Kemalangan 24 jam, 365 hari setahun
- Talian Bantuan dan Kecemasan
- Servis Penundaan Percuma dan sekiranya perlu (lebih daripada 200 KM dari tempat kediaman)
- Kenderaan Ganti; Mobiliti Lancar (Seamless Mobility)
- Akomodasi; Solusi Servis Mobiliti serta Servis Repatriasi.
Program Bantuan Tepi Jalan MINI (MINI Roadside Assistance) boleh diakses dengan menghubungi talian 1800-88-8808.
Menyentuh mengenai pembiayaan Easy Drive yang disediakan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan MINI Countryman Roof Art Edition bermula daripada RM 2,345.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 75%, perbatuan 100,000 km bagi tempoh lima tahun).
Untuk keterangan lanjut, KLIK.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/