- Berita
- Berita Auto
- Jangan Cop Parkir, Teruk Padahnya!

Jangan sesuka hati cop parkir di kawasan awam!
Mungkin ramai yang tidak tahu, perbuatan itu boleh menyebabkan anda dipenjara selama enam bulan.
Itu kata seorang peguam, Hafiz Baharuddin di laman TikTok miliknya.
“Sekiranya sesiapa didapati bersalah, boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 ataupun boleh dipenjara selama enam bulan.
“Tetapi kalau buat kesalahan (cop parkir) ini berulang, benda ini akan menjadi lagi berat. Jadi kalau korang nak buat, lupakan sahajalah hajat tu,” katanya.

Lazimnya, perbuatan cop parkir berlaku di kebanyakan kawasan termasuk perumahan dan lot kedai termasuk pusat beli-belah.
Ia dilakukan individu tertentu dengan meletakkan sesuatu 'tanda' atau objek seperti kon, tong gas atau botol di petak parkir yang kosong.
Malah isu 'cop' parking ini mendatangkan kemarahan orang awam dan mencetuskan pergaduhan dalam kalangan penduduk dan masyarakat.
Namun ramai yang tidak tahu, perbuatan berkenaan boleh menyebabkan mereka meringkuk dalam penjara .
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
