Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

LRT & MRT Percuma 30 Sept & 1 Okt Ini Untuk Peserta Larian KLSCM 2023

Sofea Najmi

Kongsi melalui

KLSCM2023-FRee-Transport-(1).jpg


Para peserta acara larian terbesar Malaysia, Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2023, yang berlangsung pada 30 September dan 1 Oktober ini dijemput untuk memanfaatkan pengangkutan awam PERCUMA yang ditawarkan oleh penganjur, ekoran penutupan banyak laluan masuk dan keluar acara.


Stesen yang terlibat ialah laluan LRT Ampang, Sri Petaling dan Kelana Jaya yang akan mula beroperasi dari jam 3:30 pagi pada hari Sabtu dan jam 1:30 pagi pada hari Ahad, dengan perkhidmatan tren setiap 15 minit.


KLSCM2023-FRee-Transport-(11).jpg


Selain itu, stesen MRT terpilih di sepanjang laluan Kajang dan Putrajaya juga akan muka beroperasi dari jam 3:30 pagi pada hari Sabtu dan jam 1:30 pagi pada hari Ahad, dengan kekerapan tren setiap 20 minit. Anda boleh merujuk kepada peta di bawah untuk mengenal pasti stesen-stesen tertentu yang akan dibuka.


KLSCM2023-FRee-Transport-(5).jpgKLSCM2023-FRee-Transport-(3).jpgKLSCM2023-FRee-Transport-(2).jpgKLSCM2023-FRee-Transport-(4).jpg


Pada awal pagi, perkhidmatan LRT dan MRT adalah PERCUMA dari jam 3:30 pagi hingga 6:00 pagi pada hari Sabtu dan dari jam 1:30 pagi hingga 6:00 pagi pada hari Ahad. Operasi normal dan tambang standard akan berkuatkuasa luar daripada waktu yang dinyatakan. 


Untuk makluman, tidak semua stesen MRT dan LRT akan beroperasi, dan tidak semua stesen menyediakan kemudahan tempat letak kereta. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk carta di bawah.


KLSCM2023-FRee-Transport-(8).jpg


MRT - Laluan Kajang: Jika anda mengambil Laluan MRT Kajang, anda boleh turun di stesen Pasar Seni dan meneruskan perjalanan ke Dataran Merdeka dengan berjalan kaki.


MRT - Laluan Putrajaya: Jika anda memilih Laluan MRT Putrajaya, anda perlu ke stesen Kwasa Damansara terlebih dahulu untuk penukaran ke Laluan Kajang bagi meneruskan perjalanan ke stesen Pasar Seni.


LRT - Laluan Kelana Jaya: Anda boleh memilih untuk turun di stesen Masjid Jamek (stesen terdekat ke Dataran Merdeka) atau stesen Pasar Seni.


LRT - Laluan Ampang / Sri Petaling: Anda boleh turun di stesen Masjid Jamek (stesen terdekat ke Dataran Merdeka) atau stesen Bandaraya.

Tag:

KLSCM 2023
Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon
Pengangkutan Awam Percuma
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026