Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pelancaran Pusat Flagship 3S Nissan Di PJ – Canggih, Selesa & Serba Lengkap

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Web_CariCarz_Pusat-Flagship-3S-Nissan-09.jpg


Pusat Flagship 3S Nissan  yang baru di Petaling Jaya kini menawarkan pengalaman pelanggan yang lebih baik dengan reka bentuk semula dan penaiktarafan cawangan berdasarkan Konsep Runcit Nissan (NRC-NEXT) yang terkini. Pusat Flagship ini menjadi bukti kecemerlangan peruncitan automotif dan perkhidmatan selepas jualan jenama Nissan di Malaysia.


Web_CariCarz_Pusat-Flagship-3S-Nissan-02.jpgWeb_CariCarz_Pusat-Flagship-3S-Nissan-04.jpgWeb_CariCarz_Pusat-Flagship-3S-Nissan-11.jpg


Konsep Runcit Nissan diwujudkan dengan tujuan untuk menyalurkan perkhidmatan bertaraf dunia kepada para pelanggan. Pusat ini menawarkan pelbagai kemudahan runcit yang mematuhi konsep NRC-NEXT, memastikan pelanggan merasai keseronokan dan kepuasan sepanjang mereka berada di cawangan Nissan ini. 


Web_CariCarz_Pusat-Flagship-3S-Nissan-08.jpg


Pembangunan Pusat Flagship 3S Nissan yang baharu ini telah menelan pelaburan lebih RM4 juta dan memiliki reka bentuk bangunan yang menarik dengan logo Nissan yang mencerminkan identiti korporat terkini. Ia telah dirasmikan pada 10 Ogos oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nissan Motor Co., Ltd, Makoto Uchida. 


“Di Nissan, visi jangka panjang kami adalah untuk memperkasakan masa depan mobiliti sebagai sebahagian daripada Nissan Ambition 2030. Kami mahu mengubah Nissan menjadi jenama mampan yang benar-benar diperlukan oleh pelanggan dan masyarakat. 


Untuk mencapai matlamat ini, kami akan terus bekerjasama dengan pengedar dan rakan kongsi kami untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan yang terbaik dan paling inovatif, serta menyediakan pengalaman pelanggan Nissan yang lebih bersepadu dan eksklusif,” kata Makoto Uchida.


Web_CariCarz_Pusat-Flagship-3S-Nissan-05.jpgWeb_CariCarz_Pusat-Flagship-3S-Nissan-06.jpg


Berkeluasan 43,000 kaki persegi, pusat ini boleh memuatkan sehingga 8 model kereta dalam suasana yang nyaman. Penasihat jualan yang profesional bersedia untuk melayan pelanggan, sementara ruang menunggu yang luas dengan sambungan internet berkelajuan tinggi dan bilik kanak-kanak juga disediakan. Kemudahan lain yang turut disediakan adalah tiga pengecas EV. 


Combined-photos-Flagship-Nissan-PJ.png


Pusat Servis di Pusat Flagship 3S Nissan ini mempunyai 25 ruang servis am untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Selain itu, terdapat bilik khusus untuk perkhidmatan penyaman udara, penjajaran roda, pembaikan EV dan kenderaan yang memerlukan kerja baik pulih yang lebih kompleks. Semua juruteknik di Pusat Servis diperakui Nissan dan disokong oleh gudang alat ganti yang menyediakan alat ganti tulen Nissan sahaja.


Web_CariCarz_Pusat-Flagship-3S-Nissan-18.jpg

Combined-photos-Flagship-Nissan-PJ-2.png


Pusat Flagship 3S Nissan ini turut menawarkan Perkhidmatan Concierge untuk pemilik Nissan yang datang bagi mendapatkan servis selepas jualan. 


Web_CariCarz_Pusat-Flagship-3S-Nissan-16.jpg



Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan, berkata “Pusat Flagship 3S Nissan Petaling Jaya baharu kami adalah bukti kerja keras dan dedikasi pasukan kami. Ia mencerminkan komitmen kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan kami apabila mereka mengunjung ke kemudahan yang indah ini. 


“Kami inginkan pelanggan kami mempunyai pengalaman membeli kenderaan yang menakjubkan dari saat mereka melangkah masuk ke bilik pameran sehingga mereka menajdi pemilik kenderaan Nissan yang bangga, dan kemudian menemui keseronokan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dalam perjalanan pemilikan mereka,” katanya. 

Web_CariCarz_Pusat-Flagship-3S-Nissan-03.jpg

Gallery

Tag:

Edaran Tan Chong Motor (ETCM)
ETCM
Pusat Flagship Nissan 3S
Konsep Runcit Nissan (NRC-NEXT)
Bilik pameran Nissan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

PDRM Guna Nissan KICKS e-POWER Untuk Operasi

Bukan Calang-Calang! PDRM Uji Kehebatan SUV Elektrik Nissan KICKS e-POWER.

05-08-2026
Berita Auto

KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026

Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.

11-06-2026
Kereta Baru

Nissan Serena e-Power C28 2028 Dah Tiba, Ada 5 Varian, Harga Bermula Dari RM155,000

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akhirnya melancarkan secara rasminya Nissan Serena e-Power generasi ke-enam (C28) 2026 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

03-03-2026
Berita Auto

Jangan Beli MPV Lain Lagi! 5 Perkara Wajib Tahu Tentang Nissan Serena e-POWER C28 2026!

Ini 5 transformasi besar Nissan Serena e-Power C28 2026 yang bakal buat anda terpikat.

03-03-2026
Kereta Baru

EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat

Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.

17-12-2025
Kereta Baru

Nissan Navara X-Tremer 2025 Sudah Berada Di Bilik Pamera, Harga Bermula Daripada RM134,800

Nissan Navara X-Tremer 2025 kini sudah berada di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara.

19-09-2025
Berita Auto

REDLINE Fitness Games by NISSAN Tarik 10,000 Peserta & Penonton Luar & Dalam Negara

Pada 26 dan 27 Julai lalu, Nissan telah membawakan acara kecergasan, REDLINE Fitness Games edisi ketiga di MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC).

29-07-2025
Berita Auto

Nissan Kicks e-Power Impul Edition: Pakej Sporty Pada Hanya RM8,500

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) semalam mengumumkan bahawa Nissan Kicks e-Power Impul Edition sudah boleh didapati di semua bilik pameran sah di Malaysia.

25-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026