- Berita
- EV
- Pengecas DC Gentari Yang TERPANTAS Di Borneo Kini Di ICOM Square, Kuching
Pengecas DC Gentari Yang TERPANTAS Di Borneo Kini Di ICOM Square, Kuching
-full.jpg)
Gentari Sdn Bhd (Gentari) telah meluaskan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) ke Sarawak dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (SEB) melalui anak syarikatnya, Gentari Green Mobility Sdn Bhd.
Stesen pengecasan pertama Gentari di negeri ini ditempatkan di lokasi strategik iaitu ICOM Square di Kuching, yang terkenal dengan akses mudah untuk ke pusat membeli-belah, restoran dan bangunan perniagaan.
-full.jpg)
Stesen pengecasan EV ini dilengkapi dengan bumbung, bagi memudahkan pemilik EV yang ingin melakukan pengecasan bateri pada bila-bila masa, hujan atau panas.
Stesen ini disediakan dengan dua pengecas DC, iaitu 180kW dan 50kW. Pengecas 180kW dilengkapi dengan dua sambungan kabel untuk pengisian dua EV secara serentak, namun penghantaran kuasa adalah separuh iaitu 90kW untuk setiap sambungan apabila kedua-dua sambungan pengecasan digunakan. Sementara itu, unit 50kW pula merupakan pengecas DC dengan satu sambungan.
Dengan pemasangan stesen pengecasan EV Gentari ICOM, pengguna EV di Kuching kini memiliki akses ke stesen pengecasan awam yang terpantas dengan kapasiti terbesar di Borneo. Semua pengecasan di stesen ICOM ini DITAWARKAN secara PERCUMA untuk sementara waktu di peringkat percubaan.
-full_normal.jpg)
Bagi menggunakan pengecas ini, pemilik EV perlu memuat turun aplikasi mudah alih Setel atau JomCharge. Sebaik peringkat percubaan tamat bermula bulan Oktober ini, CariCarz dimaklumkan bahawa semua sesi pengecasan akan dicaj berdasarkan tempoh masa dan bukannya kWh.
-full_normal.jpg)
Pengecas EV ICOM Gentari telah dilancarkan semasa Forum Kelestariam dan Tenaga Boleh Diperbaharui edisi ketiga (SAREF 3.0). Menurut Timbalan CEO Gentari dan CEO Green Mobility Sdn Bhd, Shah Yang Razalli, “Pelancaran stesen pengecas pantas EV Gentari yang pertama di Kuching menandakan langkah penting dalam memajukan infrastruktur EV di seluruh Sarawak.”
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Sarawak Energy, Datu Haji Sharbini Suhaili berkata, “Sarawak Energy dengan kerjasama Gentari dengan sukacitanya memperkenalkan pengecas EV awam terpantas di Borneo. Ini menandakan bermulanya komitmen kami untuk membina rangkaian pengecas EV di seluruh Sarawak, menghubungkan bandar dan bandar besar bermula dengan Kuching, menyeberangi Lebuhraya Pan Borneo untuk perjalanan yang bebas kebimbangan."
Kredit foto: Plugshare
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv