Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton X90 Laris Di Luar Negara, Kini Tembusi Tiga Pasaran Eksport

Sofea Najmi

Kongsi melalui

6.jpg


SUV hibrid ringan, Proton X90 baharu kini dijual di tiga pasaran eksport luar negara. Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Proton mengesahkan bahawa model tersebut baru-baru ini dilancarkan di Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei.


Mauritius, sebuah negara kepulauan, adalah negara pertama yang melihat versi eksport X90 pada 4 Ogos, diikuti oleh Afrika Selatan dari 25 hingga 27 Ogos. Pelancaran di Afrika Selatan diadakan melalui pameran khas oleh Proton South Africa, yang turut mendapat sokongan padu dari Kementerian Luar Negeri Malaysia dengan kehadiran Yang Berhormat Yap Wei Sein, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Afrika Selatan.


1.jpg


Serentak dengan pelancaran di Afrika Selatan, X90 turut dilancarkan secara besar-besaran di negara jiran, Brunei. Selain itu, pasaran ini, yang mempunyai anggaran jumlah keseluruhan industri (TIV) tahunan sebanyak  13,000 unit, kini menjadi salah satu pasaran eksport yang berkembang pesat bagi jenama Proton.


Menurut Proton, unit pertama X90 untuk Brunei telah terjual dengan cepat, begitu juga dengan jualan model lain. Malah, jualan Proton di Brunei pada Ogos 2023 mencatat rekod tertinggi dengan 100 unit didaftarkan. "Prestasi jualan kereta Proton yang kukuh di Brunei tahun ini adalah hasil daripada kekuatan barisan model kami serta usaha pengimport kami," kata Pengarah Jualan Antarabangsa Proton, Steven Xu. 


2.jpg


Beliau turut menyatakan bahawa usaha-usaha terkini Proton di luar negara dengan pelancaran X90 baharu ini adalah satu pelaburan masa depan, khususnya untuk membantu jenama ini berada pada kedudukan yang baik apabila keadaan pasaran pulih. Ini disebabkan oleh cabaran ekonomi yang dihadapi oleh banyak pasaran eksport pada tahun 2023.


“Pada masa yang sama, kami kekal fokus untuk mengembangkan kehadiran dalam pasaran eksport semasa.  Pelancaran Proton X90, Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) pertama syarikat, dalam tiga pasaran eksport  berlangsung hanya tiga bulan selepas pelancarannya di Malaysia pada 7 Mei dan ini membantu meningkatkan  imej jenama PROTON di pasaran tersebut,” tambah Xu.

CariCarz_Proton-X90-Teaser-Preview_-38.jpg

Sekiranya berita ini menarik, mungkin anda juga ingin membaca artikel yang dikongsikan di bawah:

Baca: Mengimbau Sejarah Proton & Model Legenda, Proton Saga, Dari 1985 Ke 2022

Tag:

Proton X90
SUV Proton
Proton South Africa
Proton Mauritius
Proton Brunei
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kenapa Rating Keselamatan Proton X90 MC 2026 Ditarik Balik

𝐑𝐚𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐏𝐫𝐨𝐭𝐨𝐧 𝐗𝟗𝟎 𝐌𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤. 𝐈𝐧𝐢 𝐈𝐧𝐟𝐨 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐭𝐨𝐧 𝐗𝟗𝟎 𝐌𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔.

15-03-2026
Kereta Baru

Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar

Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?

11-03-2026
Kereta Baru

Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu

Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.

09-03-2026
Global

Haoyue L Dilancar Di China, Adakah Generasi Seterus Proton X90 Akan Menyerupai Model ini?

Geely, telah mengemas kini model SUV Haoyue L yang merupakan generasi keduanya di pasaran China.

28-11-2025
Berita Auto

Beli Kereta Proton Ada Rebat Sehingga RM15,000, Hanya Untuk Bulan Mac

Proton kini sedang membuat promosi Buka Lembaran Baharu dimana syarikat itu kini menawarkan duit raya sehingga RM15,000 kepada para pelanggan.

01-03-2025
Berita Auto

Proton Bakal Lancar 3 Model Baharu & Tingkatkan Pengeluaran Tahun Ini

Proton dedah perancangan untuk 2025 serta sasaran jangka panjang syarikat.

23-01-2025
Berita Auto

Proton Meterai Kerjasama Dengan ANSA Motors

Proton X90 dan Proton X50 laku keras di negara kepulauan Caribbean.

23-08-2024
Berita Auto

Bangladesh minat PROTON X90, 29 Unit Sudah Didaftar

Proton X90 dibawa masuk ke Bangladesh.

12-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026