Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Rupa-Rupanya Perlumbaan Drag Diadakan Secara Haram

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Perlumbaan Drag Bike National ET Record Championship 2023 yang diadakan di Pekan, Pahang, rupa-rupanya diadakan secara haram.

Perkara itu dibangkitkan selepas kematian  pelumba drag professional, Muhammad Hattem Rashdi .

image.png

Susulan itu, Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) turut mengesahkan bahawa perlumbaan itu diadakan tanpa adanya kelulusan mereka.

“Perlumbaan Drag Bike National ET Record Championship 2023 ini tidak diluluskan dan diiktiraf (sanctioned) oleh pihak MAM.

“Seperti mana semua sedia maklum, sukan permotoran merupakan sukan yang berbahaya. 

“Mana-mana pihak yang ingin menyertai sukan permotoran baik selaku penganjur, pemilik litar atau pelumba wajib mematuhi segala peraturan dan protokol ditetapkan,” kata MAM dalam satu kenyataan semalam.

image.png

Difahamkan, setiap kejuaraan yang dianjurkan perlu mematuhi garis panduan am dan teknikal yang telah ditetapkan oleh FIA dan FIM berkaitan dengan penganjuran, kemudahan, peserta dan juga kenderaan.

“Malah, persekitaran perlumbaan perlulah selamat dengan kehadiran marshal serta pegawai perlumbaan berkelayakan dan berpengalaman, selain, litar juga perlu mematuhi aspek keselamatan, pasukan perubatan dan perlindungan insurans kepada penonton, pelumba, pegawai serta penganjur,

Jadi, bagi memastikan penganjuran sukan permotoran dapat diadakan dengan lebih teratur, MAM memberitahu, pihaknya dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Pesuruhjaya Sukan telah berbincang bagi mengemas kini pentadbiran dan juga undang-undang untuk mengelak kejadian berulang berlaku.

Gallery

Tag:

Motorsports Association of Malaysian (MAM
pelumba drag
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
"Acara Sandakan Drag Battle R3 2024 Tiada Kelulusan," MAM

"Acara Sandakan Drag Battle R3 2024 Tiada Kelulusan," MAM

Pemandu maut kereta hilang kawalan ketika acara drag.

18-12-2024
Berita Auto
Joki ESR Maut Sebab Masalah Teknikal

Joki ESR Maut Sebab Masalah Teknikal

Joki ESR maut dalam perlumbaan drag.

05-09-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026