Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Aerotrain KLIA Hampir Kembali Beroperasi, Selesai 90 Peratus

Sofea Najmi

Kongsi melalui

aerotrain-klia-050922.jpg


Set pertama sistem pengangkutan penumpang automatik, atau aerotrain, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang sedang dibangunkan di Wuhu, China, telah mencapai tahap penyelesaian sebanyak 90%.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, telah melaporkan perkembangan ini selepas melawat tapak pembinaan aerotrain di Wuhu, China.


Untitled-design---2023-10-23T143836.372.png


"Saya amat mengambil berat masalah aerotrain di KLIA yang berkait nama baik negara.


"Ketika di China, saya ke Wuhu, Anhui untuk melawat kilang aerotrain baharu sedang dibina.


"Saya diberikan taklimat dan dimaklumkan set pertama aerotrain dengan reka bentuk yang ditambah-baik hampir siap dan dijangka dihantar ke Malaysia tahun depan," katanya menerusi perkongsian di media sosial, baru-baru ini. 


New-Aerotrains-Hero-1024x512.jpg


Loke menjelaskan bahawa aerotrain yang baru ini kekal dengan reka bentuk asalnya, iaitu sebuah sistem pengangkutan yang menghubungkan dua terminal dalam jarak yang dekat tanpa tempat duduk.


"Meskipun ia tidak mempunyai tempat duduk, namun terdapat penambahan daripada segi keluasan dan kerusi bagi warga emas," katanya.


Beliau turut memaklumkan bahawa kilang di mana aerotrain dipasang adalah hasil usaha sama antara syarikat Alstom dan China Railway Construction Corporation Limited (CCRC).

Tag:

Aerotrain
KLIA
Pengangkutan Awam
YB Anthony Loke
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Perkhidmatan Terjejas Sering Terjejas: Aerotrain Kini Jalani Pemeriksaan Setiap Hari

Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjalani pemeriksaan harian bermula pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.

10-11-2025
Berita Auto

Aerotrain KLIA Rosak Lagi, Penumpang Terpaksa Berjalan Kaki Dalam Gelap Dengan Bagasi

Perkhidmatan Aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekali lagi ‘buat masalah’ apabila dilaporkan mengalami kerosakan teknikal pada awal pagi tadi.

28-10-2025
Berita Auto

Penumpang Cuba Buka Pintu Aerotrain Secara Manual, Antara Punca Gangguan

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah memaklumkan bahawa sistem Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah mengalami gangguan sebanyak 19 kali dari 2 Julai hingga 30 September lalu.

15-10-2025
Berita Auto

Gangguan Aerotrain KLIA Hanya Isu Teknikal Kecil Ditangani Dalam 15 Minit

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan gangguan perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 KLIA baru-baru ini bukan disebabkan kerosakan mekanikal.

07-08-2025
Berita Auto

Selain SST, Apa Yang Berkuat Kuasa Mulai 1 Julai? Ini Senarainya

Menjelang ketibaan 1 Julai 2025 dalam beberapa jam lagi, beberapa peraturan bakal berkuat kuasa selain pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

30-06-2025
Berita Auto

Anthony Akan Dipanggil Beri Keterangan Kelewatan Aerotrain & Harga Tiket Penerbangan Tinggi

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkemungkinan besar akan dipanggil bagi memberikan keterangan.

03-02-2025
Berita Auto

Netizen Bangladesh Tuntut Keadilan Pempengaruh Dilanggar Pemandu Mabuk

Tragedi MEX: Pempengaruh 'Advance Gaming' Maut, Isteri Cedera Angkara Pemandu Mabuk.

24-04-2026
Berita Auto

KLIA Kini Dilengkapi Green Lane Untuk Penumpang Antarabangsa, Apa Itu Green Lane?

KLIA melancarkan sistem Green Lane untuk penumpang antarabangsa.

26-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026