Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Apa Gunanya Saman? Lepas Itu Ada Diskaun?

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Henti beri diskaun saman!

Itu kata Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Law Teik Hua.

Memetik kenyataan beliau di akhbar Harian Metro, beliau menggesa abatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menghentikan pemberian diskaun saman kepada mereka yang melakukan kesalahan trafik.

"Malaysia satunya negara (yang memberikan diskaun). Saya tak pernah dengar negara lain memberi diskaun saman. Tidak ada. Negara jiran kita pun tiada. Singapura ada ke? Singapura tidak ada.

"Kita (sepatutnya) tak boleh gunakan alasan beri diskaun supaya kita nak orang bayar saman. Bila kita sebut sedemikian, ia seolah-olah memberikan mesej anda mahu duit mereka.

image.png

"Maklumat ini telah dihadam oleh orang ramai. Akhirnya undang-undang tidak dihormati," katanya kepada Harian Metro semalam.

Dalam pada itu, beliau turut memberi cadangan bagi mengubah sikap pemandu Malaysia yang banyak disaman gara-gara melanggar peraturan di jalan raya.

Ujarnya, Sistem Pemberian Mata Demerit Jalan Raya (Kejara) juga seharusnya ditingkatkan tahap efisiennya.

"Jika sistem ini diaktifkan, kalau anda banyak buat kesalahan, lesen anda akan dibekukan.

image.png

"Yang kedua ialah sistem pengkalan data JPJ dan polis perlu dikongsi. Mereka tidak boleh menguruskannya secara berasingan. Apabila mereka menguruskan secara berasingan, ia akan melemahkan kesan atau impak Sistem Kejara.

"Bagi mereka mendapat maklumat yang terkini berkaitan kesalahan trafik, pengkalan data ini mesti diselaraskan. Saya rasa ini salah satu cara efisien bagi menyelesaikan masalah (mereka yang tak bayar saman). Kalau tidak, semua orang tak takut," katanya.

Terdahulu akhbar tempatan  melaporkan sebanyak RM52.772 juta saman aktif tertunggak kenderaan perdagangan membabitkan pelbagai kesalahan dikesan masih belum dilunaskan pesalah dan syarikat kenderaan perdagangan sejak 2018.


Gallery

Tag:

JPJ
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

25-05-2026
Berita Auto

21-05-2026
Berita Auto

19-02-2026
Berita Auto

28-01-2026
Berita Auto

22-01-2026
Berita Auto

30-12-2025
Berita Auto

23-12-2025
Berita Auto

18-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026