Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BERANI Betul, Terjulur Kereta Nasib Tak Terkeluar

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Orang ramai terkejut apabila sebuah lori dilihat mengangkut sebuah kereta yang hampir terkeluar dari lori berkenaan.

Mujur, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) ada menjalankan operasi berhampiran terowong Genting Sempah , Lebuhraya Kuala Lumpur Karak.

JPJ Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengeluarkan saman ke atas pemandu kerana membawa muatan sehingga menyebabkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Selain lori terbabit, anggota JPJ turut mengesan beberapa kesalahan lain.

Antaranya: tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor tamat tempoh, tiada perlindungan insuran, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan pelbagai kesalahan teknikal kenderaan

“Strategi penguatkuasaan secara berfokus dilaksanakan dengan tumpuan utama kepada pemandu kenderaan perdagangan bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap kelakuan pengendali atau pemandu yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.

“Pelaksanaan operasi ini antara usaha JPJ WPKL dalam meningkatkan kesedaran kepada semua pengguna jalan raya betapa pentingnya memastikan keselamatan semasa berada dijalanraya dan mematuhi undang-undang serta disamping itu juga bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian,” katanya.

image.png

Menjengah ruangan komen di halaman Facebook JPJ WPKL, rata-rata netizen berharap pemandu lori yang membawa muatan kereta dikenakan tindakan tegas.

Mantap dan padu. Terbaik JPJ WPKL ( Stesen Penguatkuasa Gombak) . Penguatkuasaan yang kena pada masa,tempat dan waktunya,”tulis Ady.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026