Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bukan Kereta Yang Kurang Ajar Tapi Pemandunya!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tular satu senarai model kereta yang dikatakan kurang ajar ketika berada di atas jalan raya sehingga meraih pelbagai komen daripada netizen.

Setakat ini, gambar status King Injang I yang dikongsi oleh laman Araaz Media Network itu menerima 9.6 likes, 2.2k komen  dan gambar itu dikongsi sebanyak 1.5K kali.

Status itu berbunyi:

image.png

List kereta kurang ajar atas jalan raya:

5. Triton 

4. Kancil VTEC

3.Mitusbishi Wira

2. BMW

1. Myvi

Susulan itu, ramai pengguna laman sosial meninggalkan pelbagai komen berbaur negatif dan positif.

image.png

Seorang pengguna internet, Siti Nurul berkata:

“Kereta suami kita nombor 5 tapi somi kita sopan dan cermat bawa kereta walaupun suka pi off road, alhamdullilah.

Seorang lagi turut teruja apabila kereta Kancil turut tersenarai dalam kereta yang dipandu secara melulu.

“Kancil pun masuk ye, terbaik,” tulisnya.

Bagi bangsa H pula, mereka bersyukur apabila model itu tidak termasuk dalam senarai berkenaan.

“Nasib baik Honda tak masuk list,” tulis Azmi.

Seorang lagi membalas, Honda tak masuk ke list? Tu la jenama yang paling malas bagi signal,” tulisnya.

Seorang lagi seloroh: Nasib baik aku pakai Tesla.

Bagaimanapun ada juga yang meminta nombor kelima itu ditukar kepada Hilux.

“5. Tu patut Hailak (Pickup truck Hilux) mana-mana pun sama jenis Jenis drive melulu,  rasa diri tu kebal,”tulis.

image.png

Siti Sarah yang merupakan seorang pemandu turut mengakui pemandu BMW sering kali dilihat memandu secara melulu.

“BMW tu setuju. Banyak kali dah kena atas highway, bawa80-100km/j, tiba-tiba masuk lane kanan, kita pulak yang kena brek mengejut,” ujarnya.

Ada juga yang meminta supaya kereta Alphard dan Vellfire  turut disertakan dalam senarai berkenaan.

“Dua kereta ni kena masuk senarai. Jenis bagi signal guna niat je. Lampu invisible,”tulisnya.

Apapun, ramai yang mengakui kebanyakan kereta yang disenaraikan itu sememangnya bersikap kurang ajar ketika berada di atas jalan raya.

“Kebanyakan kereta yang ada dalam list itu kurang ajar. Aku berapa kali da kena dengan pemandu 4x4, dekat roundabout. Padahal, aku tengah pusing ni , dia dari simpang boleh pulak selamba je keluar.

“Jadi, aku pulak yang kena stop bagi dia lalu dulu. Dah la aku naik motor je, dengan ada anak kecil lagi atas motor.,”luah Opah Kau Yang Cun.

Menurutnya, kejadian yang sama itu juga berlaku di kawasan lampu isyarat.

“Kita dah kat depan dia, macam  kebiasaan la motor akan park kat depan time lampu merah kan. Tapi bila lampu hijau, aku dah tengah jalan ni dan-dan celaka tu memotong depan aku dengan laju nye. 

“Sipi-sipi je nak kena aku. Lahanat betul! Bawa keta besar tapi kepala otak kecik! Myvi pun sama jugak. Spesies nak cepat melayang kemana tak tau la, tak reti-reti nak bersabar. Kena orang lain pulak buat kat family korang macam tu, jam tu baru sel-sel otak nak berhubung kot,” tambahnya.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat ia sebenarnya bukan salah kereta tetapi perangai pemandu itu.

“Biasa bukan kenderaan yang bermasalah tetapi driver . Pemandu yang bawa tak guna otak bro,” kata Jiwa Senang.

Penulis turut  senada dengan Jiwa Senang sebenarnya bukan kereta yang bersalah tetapi sikap pemandu itu sendiri.

Apa yang malangnya, kebanyakan pemilik yang memiliki kereta yang disenaraikan itu menyebabkan imej model kereta terbabit tercalar.

Apa pula pandangan anda? Kongsikan pandangan anda di bawah ruangan ini!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto
XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto
Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto
Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto
JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto
UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto
Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026