- Berita
- EV
- ChargeSini & WB Land Bekerjasama – Fasiliti Pengecas EV Di Frontiercity, AINSDALE
ChargeSini & WB Land Bekerjasama – Fasiliti Pengecas EV Di Frontiercity, AINSDALE
-full.webp)
ChargeSini pada hari Sabtu lalu telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan WB Land, pembangun Frontiercity@AINSDALE Fasa 2 untuk menubuhkan kemudahan pengecas EV di kawasan pembangunan tersebut.
Baca: 24 Cawangan Mydin Sedia Pengecas EV ChargeSini Menjelang 2024
Majlis menandatangani MoU itu dihadiri oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Dato’ Masri Bin Haji Razali, CEO Kumpulan WB, En. Kelvin Woon, CEO ChargeSINI, En. James Goh, dan Pengarah Jualan ChargeSini, En. Eric Lim.
-full.webp)
Dengan penandatanganan MoU ini, ChargeSini akan membangunkan sebuah stesen pengecasan dengan 7 Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCB), yang merangkumi pengecas DCFC 60kW (dua sambungan kabel), tiga pengecas AC 11kW termasuk suis pengasingan elektrik utama seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Perancangan EVCB oleh PLANMalaysia.
Dato' Masri menyatakan dalam ucapannya bahawa pada 20 Mac 2023, Majlis Bandaraya Seremban menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di Negeri Sembilan yang memperkenalkan Pelan Tindakan Bandar Pintar dan Rendah Karbon Seremban 2027. Salah satu komponen penting dalam pelan tindakan ini adalah untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dan meningkatkan bilangan stesen pengecasan di seluruh bandar.
-full.webp)
Pihaknya turut menggalakkan pembangun lain untuk mengikut jejak WB Land dalam menyediakan tempat pengecas EV di fasa pembangunan, selain mengalukan syarikat swasta untuk menghubungi Majlis Bandaraya Seremban bagi berkongsi idea lain yang dapat membantu Seremban menjadi Bandar Pintar dan Rendah Karbon menjelang tahun 2027.
-full.webp)
Sementara itu, En. Eric mendedahkan matlamat ChargeSini untuk menubuhkan 1000 stesen pengecas EV menjelang tahun 2024, dengan 314 stesen sudah diperuntukkan di 107 lokasi di seluruh negara dan 100 lagi dalam pembangunan.
Beliau menambah bahawa usaha untuk memperluaskan pembangunan infrastruktur ini mengambil masa yang lebih lama daripada jangkaan ekoran perubahan garis panduan dan syarat yang ditetapkan oleh PBT.
-full.webp)
Bagaimanapun, isu ini dapat ditangani melalui konsep Perkongsian Awam-Swasta seperti yang terbentuk bersama WB Land dan Majlis Bandaraya Seremban, sekaligus mempercepatkan pertumbuhan infrastruktur pengecasan EV.
Selain itu, beliau menyatakan bahawa matlamat utama ChargeSini adalah untuk mengukuhkan kehadirannya di pelbagai lokasi seperti bangunan kediaman tinggi, restoran, pusat beli-belah, hotel dan kawasan tarikan pelancongan.
Pihak yang berminat untuk menyediakan kemudahan pengecasan EV di premis masing-masing, dialu-alukan untuk bekerjasama dengan ChargeSini bagi merealisasikan matlamat kerajaan mencapai 10,000 pengecas EV menjelang tahun 2025.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv