Link Copiedcheck_circle
EV

Comel Betul Design Honda N-Van E

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Honda N-Van e: akan membuat penampilan sulungnya pada pameran Japan Mobility Show (JMS) pada bulan hadapan.

Biarpun, tiada sebarang spesifikasi trenkuasa didedahkan namun Honda Jepun mendakwa ia mampu membawa bebanan sehingga 350 kilogram.

Dengan adanya servo brek, ia sebenarnya memudahkan untuk mengawal nyahpecutan supaya muatan tidak terjatuh dan memberi maklum balas kepada operasi dengan lebih baik berbanding versi enjin petrol.

Selain itu, van comel ini  boleh dipandu melebihi 210 kilometer dengan hanya sekali cas namun kapasiti bateri turut tidak didedahkan dengan terperinci.

image.pngimage.png

Dari segi pengecasan pula, ia menyokong pengecasan DC pada kadar 50 kW.

Ini membolehkan pek baterinya boleh cas dari 10%  hingga 80% dalam masa 30 minit.

Malah, ia juga boleh dicas menggunakan pengecas biasa dengan output 6.0 kilowatt.

Menjengah bahagian luarannya, van versi elektrik ini kelihatan sangat mirip dengan kembarnya (enjin petrol).

image.pngimage.png

Gril hadapannya juga telah direka semula dimana terdapat port pengecas di hadapan grilnya.

Ia yang kelihatan berbentuk kotak kelihatan agak ringkas dan  menampilkan dua pintu gelangsar yang membolehkan anda memindahkan barangan besar dengan lebih mudah.

Mengenai susunan tempat duduknya, Honda N-Van e: ini didatangkan dengan dua tempat duduk menyebabkan kabinnya cukup luas dan selesa. 

image.pngimage.png

Terdapat juga dua varian empat tempat duduk dimana tempat duduknya boleh dilipat. 

Ini bermakna anda boleh mengembangkan ruang kabin anda dengan mudah.

Seperti yang dijangkakan, kemasan kabinnya agak minimalis, tetapi sekurang-kurangnya Honda menawarkan rangkaian penuh keselamatan aktif Honda SENSING dan Honda Connect.

image.png

Namun ciri keselamatan ini hanya terdapat pada varian empat tempat duduk.

Van ini dijangka akan dijual pada tahun 2024 namun Honda menyasarkan untuk menjual EV  ini pada harga RM31,489.

Namun pembuat kereta Jepun itu masih belum membuat sebarang keputusan berhubung harganya.

Gallery

Tag:

Honda N-Van
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026