Link Copiedcheck_circle
EV

EV Mewah BMW Lebih Laris Daripada Mercedes-Benz, Ini Sebabnya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Merc-Low-Sales-(4).jpg


Pengedar kereta jenama Mercedes-Benz di Amerika Syarikat dilaporkan mengambil masa yang agak lama, iaitu purata 82 hari, untuk menjual kenderaan elektrik (EV). Ini adalah jauh lebih lama daripada saingan terbesar mereka, BMW, yang mengambil masa purata 38 hingga 46 hari, lapor portal automotif Jalopnik


Antara punca masalah yang didedahkan pengedar di negara tersebut adalah peningkatan stok produk EV dan kegagalan jenama Mercedes-Benz untuk melaksanakan program jualan yang efektif. Di samping itu, harga EV yang tinggi, terutamanya model-model mewah, dan ketiadaan program sewaan turut menjadi penghalang. Pengedar juga merasakan bahawa EV tidak memiliki daya tarikan yang sama seperti model-model mewah petrol Mercedes-Benz. 


Merc-Low-Sales-(1).jpg


Bagi mengatasi masalah ini, Mercedes-Benz America merancang untuk mengurangkan pengeluaran model-model elektrik mewah dan meningkatkan pengeluaran EV yang lebih berpatutan. Mereka berharap perubahan ini akan mengurangkan jumlah kenderaan elektrik yang terlalu banyak dalam stok pengedar menjelang pertengahan tahun 2024.


Merc-Low-Sales-(3).jpg


Situasi yang serupa berlaku di Malaysia, di mana BMW mengatasi Mercedes-Benz dalam jualan EV, walaupun Mercedes-Benz menawarkan lebih banyak pilihan EV. 


Berdasarkan data daripada data.gov.my, Mercedes-Benz Malaysia hanya telah menjual sejumlah 778 EV, manakala BMW telah menjual sejumlah 2,846 unit EV, dengan model iX mencatatkan angka jualan sebanyak 1856 unit. 


MBM-BMW.jpg


Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya, Mercedes-Benz Malaysia telah menjual sebanyak 10,316 kenderaan berbanding BMW Malaysia yang hanya menjual 7,521 kenderaan pada tahun 2023. Ini menunjukkan pengguna di Malaysia masih cenderung kepada kenderaan dengan enjin pembakaran (ICE)

Merc-Low-Sales-(2).jpeg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV