Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ford Ranger Bukan Trak Pikap "Biasa-Biasa"!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Next-Gen-Ranger---Pickup-Truck-of-the-Year.jpg

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia melakar sejarah tersendiri apabila menerima dua anugerah, baru-baru ini.

Anugerah itu ialah daripada  CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 – “Pick-up Truck of the Year” untuk Ranger Generasi Baharu dan “Car of the Year”  untuk Ranger Raptor.

CarPlus Editor’s Choice Award meraikan kecemerlangan automotif di Malaysia untuk menjulang jenama kenderaan yang paling cemerlang dalam pelbagai kategori, termasuk  prestasi, reka bentuk, inovasi, dan pengalaman pemanduan

Penamaan diperoleh daripada model-model baru yang dilancarkan di Malaysia antara Julai 2022 - Julai 2023 (12 bulan terakhir).

Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, pihaknya bersyukur kerana menerima pengiktirafan itu.

“Anugerah ini sebenarnya  mengukuhkan kedudukan Ranger yang telah memenangi pelbagai anugerah sebagai peneraju pasaran dalam segmen pikap premium, sama ada untuk urusan kerja mahupun membawa seisi keluarga.

“Dengan peningkatan tahap prestasi dan keupayaan yang lebih tinggi, reka bentuk yang lebih mengancam,  teknologi canggih, serta keselesaan, kami yakin ia akan terus menjadi pilihan utama dalam kalangan pengguna dan peminat pikap di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Next-Gen-Ranger-Raptor---Car-of-the-Year.jpg

Untuk makluman, Ford Ranger mempunyai reka bentuk yang dikemaskinikan dengan aerodinamik yang lebih baik dan keselesaan dalaman yang ditingkatkan.

Ia menampilkan enjin serba padu dan cukup efisien dengan teknologi intuitif yang terbaik dalam kelas.

image.pngimage.png

Di Malaysia, Ranger Generasi Baharu terdiri daripada 9 varian iaitu bermula dari  XL Single Cab hingga model gaya hidup premium WildTrak dan Ranger Raptor prestasi tinggi.

Ranger Raptor yang ditawarkan dalam  dua pilihan enjin dimana enjin  petrol EcoBoost V6 Twin-Turbo 3.0 liter boleh menghasilkan kuasa setakat 397 PS dan tork 583Nm. 

image.png

Sementara itu, enjin Diesel Bi-Turbo 2.0L pula menawarkan kuasa sehingga 210 PS dan tork 500 Nm dengan penggunaan bahan api yang kompetitif sebanyak 8.2L/100km.

Untuk mengetahui senarai anugerah dan pengiktirafan Ranger sepanjang tahun, KLIK.

Sehubungan itu, jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai  SDAC dan Ford, layari laman sesawang www.sdacford.com.my.

Gallery

Tag:

Sime Darby Auto Connexion (SDAC)
Ford Ranger XLT Plus
Ford Ranger
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

10-06-2025
Berita Auto

26-03-2025
Berita Auto

24-02-2025
Berita Auto

04-02-2025
Kereta Baru

25-09-2024
Kereta Baru

30-05-2024
Berita Auto

18-03-2024
Berita Auto

11-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026