Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Gambar Intip Tersebar, Mungkin Dah Nak Lancar

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, sudah tidak menjadi rahsia lagi kerana PROTON akan melancarkan kereta sedan terbaharunya, Proton S70.

Ia berikutan beberapa laman berita automotif sudah pun menyiarkan gambar sebenar Proton S70 tanpa sebarang pelekat “camo”.

Gambar itu dikongsi seorang pengguna Facebook yang cuma dikenali sebagai MizzJo.

Dia tidak melepaskan peluang merakam dua gambar Proton S70 yang kelihatan cuma varian asas.

Kedua-dua model itu dilihat tidak dilengkapi dengan sebarang kit badan dan bumbung panoramik namun ia dilengkapi dengan lampu depan jenis projektor LED serta menggunakan rim roda dua tona warna yang agak mengancam.

Malangnya, tiada pula gambar yang dirakam di bahagian belakang.

image.png

Sebaliknya, kedua-dua gambar ini memberi kita gambaran yang paling jelas bahawa ia menampilkan reka bentuk gril hadapan yang serupa seperti yang kita lihat pada Proton X90 selain daripada gaya badan sedan tiga kotak konvensionalnya.

Sebelum ini ada juga yang mengatakan bahawa sedan baharu itu akan dinamakan sebagai S50 namun info terkini mengesahkan ia akan digelar S70.

Dikhabarkan, model sedan baharu ini dibina berdasarkan Geely Emgrand dan mempunyai dimensi 4,638mm (panjang), 1,820mm (lebar) dan 1,460mm (tinggi). 

Ini bermakna ia lebih besar berbanding Proton Preve.

image.png

Bagi pasaran Malaysia pula, kami membuat andaian bahawa Proton akan menggunakan enjin 1.5 liter 3 silinder TGDI yang mampu menghamburkan kuasa setakat 177 PS dan 255 Nm bagi membolehkan ia lebih padu berbanding pesaingnya.

image.pngimage.png

Mengenai harga pula, kita boleh menjangkakan bahawa harga Proton S70 baharu akan dijual sedikit murah berbanding pesaing di dalam  segmen yang sama iaitu, mungkin dalam RM90,000 hingga RM100,000.

Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi Proton yang akan dibuat pada bulan depan atau mungkin hujung tahun ini.

Gallery

Tag:

Proton S70 Spy Shot
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026