Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Maserati Spyder MC20 Cielo Tiba Di Malaysia – 630 HP, Dari RM1.2 Juta

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Web_CariCarz_Maserati-Cielo-Launched-056.jpg


Naza Italia secara rasminya telah membuat penghantaran Maserati Spyder MC20 Cielo yang pertama untuk pasaran Malaysia. Model yang dijual pada harga bermula dari RM 1.2 juta ini hadir dengan pelbagai ciri unik yang mengujakan peminat kereta sport.


CIRI MEKANIKAL MASERATI MC20 CIELO


Maserati Spyder MC20 Cielo dikuasakan oleh enjin V6 3.0L Nettuno turbo kembar dengan kuasa 630 HP pada 7500 RPM dan tork 730 NM bermula dari 3000 RPM. Kuasa ini disalurkan kepada roda belakang melalui transmisi automatik dwi-klac lapan kelajuan. Menurut Maserati, model ini boleh membuat pecutan 0-100 KM/J dalam masa sepantas 3.0 saat dan 0-200 KM/J dalam masa 9.2 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 320 KM/J. 


Web_CariCarz_Maserati-Cielo-Launched-011.jpgWeb_CariCarz_Maserati-Cielo-Launched-100.jpgWeb_CariCarz_Maserati-Cielo-Launched-012.jpgWeb_CariCarz_Maserati-Cielo-Launched-101.jpg


Lima mod pemanduan yang boleh ditukar melalui suis kawalan jenis rotari ditawarkan, perubahan warna menandakan pertukaran mod – Wet (hijau), GT (biru), Sport (merah), Corsa (kuning) dan ESC OFF (jingga).


REKAAN MASERATI MC20 CIELO


Web_CariCarz_Maserati-Cielo-Launched-061.jpgWeb_CariCarz_Maserati-Cielo-Launched-003.jpgWeb_CariCarz_Maserati-Cielo-Launched-065.jpgWeb_CariCarz_Maserati-Cielo-Launched-032.jpg


Elegan dan sporty, MC20 Cielo direka dengan karakter dan personaliti tersendiri yang pastinya akan menarik perhatian. Badannya dihasilkan dengan pelbagai perincian aerodinamik. Jentera yang dibangunkan di makmal Inovasi Maserati dan dikeluarkan oleh kilang Viale Ciro Menotti ini telah melalui ujian 360 darjah terowong angin, dalam kedua-dua keadaan, iaitu dalam keadaan bumbung terbuka dan tertutup. 


Web_CariCarz_Maserati-Cielo-Launched-069.jpgWeb_CariCarz_Maserati-Cielo-Launched-071.jpg


Kereta super sport ini hadir dengan ciri yang unik untuk segmennya – bumbung kaca yang boleh dilipat atau retractable. Kaca yang digunakan ialah sejenis kaca pintar, elektrokromik, yang boleh ditukar daripada lutsinar kepada legap (opaque) menggunakan kuasa elektrik. Bumbung ini juga boleh dibuka dengan pantas, dalam masa hanya 12 saat. 


Nama ‘Cielo’ yang bermaksud awam dalam bahasa Itali diinspirasikan daripada kebolehan untuk menukarkan kaca bumbung kepada jenis lutsinar atau dibuka untuk melihat awan. 


Web_CariCarz_Maserati-Cielo-Launched-058.jpgWeb_CariCarz_Maserati-Cielo-Launched-054.jpg


Ciri menarik lain dari bahagian luar ialah bukaan pintu yang menyerupai kepak rama-rama


KABIN MASERATI MC20 CIELO



Web_CariCarz_Maserati-Cielo-Launched-090.jpg
Web_CariCarz_Maserati-Cielo-Launched-023.jpgWeb_CariCarz_Maserati-Cielo-Launched-011.jpgWeb_CariCarz_Maserati-Cielo-Launched-027.jpgWeb_CariCarz_Maserati-Cielo-Launched-022.jpg
Ruang kokpit MC20 Cielo

Web_CariCarz_Maserati-Cielo-Launched-098.jpgWeb_CariCarz_Maserati-Cielo-Launched-039.jpg

Kluster instrumen digital (kiri) dan skrin infotainmen dengan sistem Maserati Intelligent Assistant (kanan)

Web_CariCarz_Maserati-Cielo-Launched-091.jpgWeb_CariCarz_Maserati-Cielo-Launched-092.jpg

Tempat duduk pemandu (kiri) dan penumpang (kanan)

MC20 Cielo dilengkapi dengan pelbagai ciri canggih seperti sistem audio High Premium Sonus Faber, sebuah sistem yang telah dibangunkan khas untuk kokpit ini agar dapat memberikan pengalaman hiburan yang menakjubkan. Sejumlah 12 speaker yang digunakan telah disusun atur dengan teliti. Model ini menggunakan sistem multimedia yang intuitif dan pantas, Maserati Intelligent Assistant (MIA). 


Web_CariCarz_Maserati-Cielo-Launched-094.jpgWeb_CariCarz_Maserati-Cielo-Launched-095.jpg


Antara pilihan warna badan (kiri) dan tekstur/warna kemasan kabin (kanan) yang ditawarkan untuk MC20 Cielo


CIRI KESELAMATAN MASERATI MC20 CIELO


MC20 Cielo dilengkapi dengan pelbagai sistem keselamatan aktif. Ia turut dilengkapi ciri sensor parkir, kamera pandangan belakang, pemantau titik buta, brek kecemasan autonomi, kamera 360 darjah dan sebagainya. 


HARGA MASERATI MC20 CIELO


Web_CariCarz_Maserati-Cielo-Launched-067.jpg

  

Maserati MC20 Cielo dijual pada harga bermula dari RM 1,228,000.00 sebelum duti dan cukai serta aksesori tambahan dan insurans. Pembelian adalah termasuk jaminan standard selama 3 tahun tanpa had perjalanan serta program penyelenggaraan percuma selama 3 tahun atau 60,000 KM, yang mana tiba dahulu (termasuk Maserati Premium Service Plus selama 3 tahun/60,000 KM). 


Hubungi Naza Italia  di talian +603 7941 2110 atau 1700 81 5051. Anda  juga boleh layari media sosial rasmi Maserati Malaysia di Facebook atau Instagram untuk info terkini. 

Tag:

Maserati Cielo
Maserati MC20
Maserati MC20 Cielo
Maserati Malaysia
Naza Italia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

12-07-2025
Global

21-08-2024
Global

19-06-2024
Global

09-11-2023
Global

21-08-2023
Global

09-03-2023
Global

15-02-2023
Global

23-12-2022

Berita Terkini

Kereta Baru

Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026

Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.

11-04-2026
Kereta Baru

Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired

MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.

10-04-2026
Kereta Baru

Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"

Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.

09-04-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan

Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!

08-04-2026
Kereta Baru

Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.

08-04-2026
Kereta Baru

MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki

Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.

07-04-2026
Kereta Baru

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026