Link Copiedcheck_circle
EV

Motosikal Elektrik Made In Indonesia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Syarikat pelaburan tempatan, Artroniq Bhd akan melancarkan secara rasminya dua model motosikal elektrik United E-Motor   di Piazza Pavilion Bukit Jalil pada pukul 2 nanti.

Bagi yang tidak tahu, United E-Motor adalah sebuah jenama motosikal elektrik ikonik di bawah naungan pengeluar basikal Indonesia PT Terang Dunia Internusa (PT TDI) yang sudah bersedia untuk menembusi pasaran Malaysia.

Malah, United E-Motor memiliki sejarah lebih 60 tahun di Indonesia, sekali gus mendorong ia menjalin kerjasama dengan  Artroniq yang berperanan memasang dan mengedar produk jenama itu di Malaysia.

TX-3000.jpgTX-1800.jpg

Kedua-dua model itu ialah  TX3000 dan TX1800 namun harganya masih belum didedahkan lagi.

Artroniq Bhd berkata, kedua-dua model itu adalah motosikal rasmi G20.

“Ia dibawa masuk ke Malaysia selepas diuji dan disokong oleh pemimpin dunia semasa persidangan G20 pada tahun lepas.

“Jadi dengan pelancaran rasmi United E-Motor, ia sebenarnya menandakan komitmen PT TDI dan Artroniq Bhd untuk menyediakan rakyat Malaysia dengan pilihan pengangkutan yang lebih inovatif, mesra alam, dan mesra pengguna. 

Dengan permintaan yang terus meningkat, United E-Motor bersedia untuk memberi impak kepada landskap pengangkutan bandar Malaysia,”katanya dalam satu kenyataan.

image.png

Bagi yang berminat, model TX3000 menawarkan prestasi yang mengagumkan dengan kelajuan tertinggi sehingga 90km/j dan jarak perjalanan sehingga 120 km setiap pengecasan penuh.

Sementara itu, TX1800 pula menawarkan kadar pengecasan 0 hingga 80% yang luar biasa dalam masa 1.5 jam.

Bagaimanapun, kedua-dua model  ini mempunyai tempat duduk berengsel hidrolik, ada ruang di bawah tempat duduk yang sangat besar.

Selain itu, model berkenaan turut dilengkapi dengan sambungan Bluetooth, ada  butang SOS, pemacu on/off, penjejak motosikal, papan pemuka langsung, dan banyak lagi.

image.png

Apa yang cukup menarik ialah Malaysia merupakan negara pertama yang mengimport jenama ikonik Indonesia di mana Artroniq Bhd akan mewujudkan sebuah kedai konsep pengedaran dan pengalaman di tiga lokasi.

Namun butiran lanjut mengenai tiga lokasi hanya yang akan diumumkan pada tahun depan nanti.

Artroniq Bhd berkata, dengan kemasukan jenama itu ke Malaysia, rakyat Malaysia kini mempunyai pilihan untuk membeli motosikal luar biasa itu.

Maka, dengan pertumbuhan stabil United E-Motor dan kemampuan Artroniq dalam pembinaan dan pengedaran motosikal unik ini, kedua-dua pihak berminat untuk membawa kerjasama mereka kentahap yang lebih tinggi dengan mencuba pembuatan bateri motosikal elektrik dan pengecas serta stesen pertukaran bateri e-battery.

Gallery

Tag:

Artroniq Bhd
TX3000
TX1800
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Syarikat E-Bike Indonesia, United E-Motor Masuki Pasaran Malaysia

United E-Motor, jenama motosikal elektrik di bawah pengeluar basikal Indonesia bawa masuk e-bike di Malaysia.

29-09-2023

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026