Link Copiedcheck_circle
EV

Nama Pun Hyper, Maka Fungsi Kereta Ini Pun Cukup Hyper

Suhana Veru

Kongsi melalui
  1. image.png

Nissan mendedahkan kereta konsep EV terbaharunya, Nissan Hyper Urban  yang dilihat cukup futuristik buat masa ini.

Selain reka bentuknya yang lebih radikal, Hyper Urban juga menampilkan teknologi EV terkini Nissan yang akan digunakan dalam model Nissan EV dalam masa akan datang.

Dikhabarkan ia bakal membuat penampilan sulungnya pada 2023 Japan Mobility Show (JMS) yang akan berlangsung pada hujung bulan ini.

image.png

Menjengah bahagian luaran sahaja, ia menampilkan elemen yang cukup sporty dan agresif.

Melihat kepada pintu depan dan belakangnya yang jenis scissor doors sahaja, ia sudah membuktikan betapa canggihnya jentera ini iaitu seiring dengan namanya.

image.png

Kehadiran scissor doors menunjukkan Hyper Urban ini boleh dibuka dengan seluas-luasnya dan tidak wujud istilah untuk susah keluar dan masuk.

Jika terkena pancaran cahaya matahari, Hyper Urban Concept ini sebenarnya mendapat warna badan kuning limau dan bukannya hijau muda.

Melangkah ke bahagian dalam,  kabinnya  diinspirasikan oleh segi tiga kaleidoskopik.

Tempat duduk hadapannya yang boleh dilipat ke bawah sebenarnya boleh mengubahnya menjadi seolah-olah sofa.

image.png

Dari segi trenkuasanya, Nissan tidak mendedahkan sebarang butiran mengenai pek bateri dan persediaan motornya.

Apa yang cukup membanggakan ialah Hyper Urban hadir dengan keupayaan pengecasan kenderaan ke rumah (V2H).

image.png

Malah,  ia  juga boleh digunakan sebagai pembekal kuasa elektrik vehicle-to-grid (V2G).

Jentera ini yang dikawal oleh kecerdasan buatan (AI) membolehkan kedua-dua teknologi pengecasan itu menjana kuasa di rumah.

Sementara itu dengan V2G, ia  membolehkan pemandu  mengambil kesempatan daripada kapasiti bateri kenderaan yang besar untuk menjual kuasa kembali ke grid semasa beban puncak dan mendapat bayaran.

Selain itu, V2G juga membolehkan pengguna menghidupkan rumah mereka daripada bateri kenderaan elektrik semasa bekalan elektrik terputus.

Susulan penampilan Nissan Hyper Urban juga dikatakan seiring  dengan rancangan Nissan untuk hanya melancarkan model EV di Eropah mulai sekarang.

image.png

Untuk merealisasikan rancangan ini, Nissan menyasarkan sekurang-kurangnya 19 model EV baharu di pasaran Eropah menjelang tahun ini  yang mungkin termasuk versi pengeluaran kedua-dua konsep Hyper Urban dan Nissan Concept 20-23.

Apapun, butiran lanjut mengenai jentera ini hanya akan didedahkan sempena penampilan sulungnya pada 26 Oktober nanti.


Gallery

Tag:

nissan hyper urban
Japan Mobility Show (JMS)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Honda Bikin Panas JMS, Bawa Masuk Semua EV Pelik!

Honda mengumumkan bahawa pihaknya akan mempamerkan pelbagai model EV konsep baharu bermula daripada kenderaan dua roda sehinggalah kereta sport.

27-09-2023

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026