- Berita
- EV
- Pengecas EV ChargeSini 60kW Kini Di Hotel Intercontinental KL
-full_normal.jpg)
Pengguna kenderaan elektrik (EV) di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur kini dapat memanfaatkan kemudahan pengecas EV yang disediakan oleh ChargeSini.
PENCAPAIAN CHARGESINI HINGGA HARI INI
Dengan pembinaan stesen terbaru ini, ChargeSini kini mempunyai sejumlah 315 stesen pengecas EV di seluruh negara (data diperoleh dari AGMO), 65 daripadanya adalah jenis pengecas pantas, DC. Pencapaian ini meletakkan ChargeSini di tangga ketiga dalam aspek penyediaan pengecas EV oleh syarikat pengendali stesen pengecas awam (CPO) di Malaysia.
PENGECAS EV DI HOTEL INTERCONTINENTAL KL
-full.jpg)
Stesen ChargeSini di Hotel Intercontinental KL dilengkapi dengan satu pengecas DC Sangitech 60kW yang mempunyai dua sambungan kabel CCS2 untuk membolehkan dua EV dicas secara serentak, menyalurkan kuasa sebanyak 30kW.
Petak parkir EV ini dilengkapkan dengan sistem penghalang parkir eksklusif dari ChargeSini demi kemudahan semua pengguna EV dan mengelakkan penyalahgunaan petak parkir. Penghalang ini akan turun secara automatik sebaik sesi pengecasan diaktifkan melalui aplikasi ChargeSini.
-full.jpg)
Bayaran yang dikenakan adalah bergatung kepada tempoh masa pengecasan dan kadar cas kW. Sebagai contoh, sesi penuh 30kWh akan dikenakan caj sebanyak RM0.60 setiap minit manakala sesi 60kWh pula RM1.20 setiap minit.
-full_normal.jpg)
Semua sesi pengecasan menggunakan ChargeSini akan dikenakan caj tempahan minimum RM5 dan pemandu diberi tempoh kelonggaran 15 minit untuk mengeluarkan kenderaan mereka apabila sesi pengecasan tamat. Pengguna yang gagal mengeluarkan kenderaan setelah sesi tamat akan dikenakan caj terbiar sebanyak RM1 untuk setiap 5 minit.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv