Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

"Pengguna Koc Wanita Boleh Tegur Lelaki Agar Tukar Koc" – Ketua Operasi MRT

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Koc-Wanita-3.png


Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) sedang mengkaji tata cara pengoperasian Koc Wanita bagi memberi kesedaran kepada orang awam tentang penggunaannya. Inisiatif ini telah diperkenalkan di Aliran Transit Massa (MRT) Laluan Kajang pada 18 September lalu.


Ketua Jabatan Operasi Perkhidmatan MRT Laluan Kajang, Sofiah Hussien, menjelaskan bahawa sukarelawan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan Polis Bantuan sentiasa memantau tren dan stesen untuk mengenal pasti individu yang menggunakan Koc Wanita tanpa sebab. 


Koc-Wanita-4.png


Pengguna wanita juga diberi kuasa untuk meminta pengguna lelaki menukar kepada koc biasa jika perlu, dengan bantuan daripada anggota Polis Bantuan atau kakitangan operasi, jika perlu. Selain itu, penumpang juga boleh terus menghubungi pusat khidmat pelanggan Rapid KL.



Tular di media sosial baru-baru ini satu video yang menunjukkan seorang pekerja penghantar makanan yang meminta sekumpulan pengguna lelaki termasuk warga asing beralih daripada Koc Wanita


Koc-Wanita-9.jpegKoc-Wanita-10.jpeg


Perkongsian oleh seorang pengguna Facebook pada bulan lalu. (Sumber: FB Ezamurni Zulkefly)


Menurut Sofiah, Koc Wanita diwujudkan bertujuan memberi keselesaan dan keselamatan kepada wanita sebagai pengguna perkhidmatan MRT Laluan Kajang.



Koc-Wanita-5.jpeg


Koc Wanita terletak di bahagian tengah setiap tren MRT Laluan Kajang dan mempunyai pelekat ikon wanita berwarna merah jambu dengan tulisan ‘Wanita Sahaja’. Tren ini boleh digunakan oleh semua penumpang wanita dan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ke bawah ditemani penjaga wanita.


Sofiah menggalakkan semua pengguna MRT Laluan Kajang bersikap positif terhadap inisiatif ini dan menasihatkan pengguna lelaki untuk memberi laluan kepada pengguna wanita menggunakan koc khas ini.

Tag:

Koc Wanita
Rapid Rail Sdn Bhd
Pengangkutan Awam
MRT Laluan Kajang
Rapid KL
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
LRT Ampang/Sri Petaling Bakal Ada Koc Wanita – Mula 31 Disember Ini

LRT Ampang/Sri Petaling Bakal Ada Koc Wanita – Mula 31 Disember Ini

Pengendali perkhidmatan rel Rapid KL, Rapid Rail Sdn Bhd, memaklumkan bahawa inisiatif koc wanita akan mula dilaksanakan di Laluan Ampang/Sri Petaling bermula 31 Disember ini.

25-12-2024
Berita Auto
Elak Koc Wanita Diceroboh, Pegawai & Polis Bantuan Mula Buat Rondaan Berkala

Elak Koc Wanita Diceroboh, Pegawai & Polis Bantuan Mula Buat Rondaan Berkala

Pegawai dan kakitangan polis bantuan kini ditempatkan di koc wanita bagi mengelakkan insiden pencerobohan yang kerap berlaku.

03-09-2024
Berita Auto
Ada Berita Baik Buat Pengguna Wanita MRT!

Ada Berita Baik Buat Pengguna Wanita MRT!

Pelaksanaan koc wanita untuk MRT laluan Putrajaya.

09-04-2024
Berita Auto
Seorang Lelaki Parah Selepas Terjatuh Ke Landasan LRT Subang Alam

Seorang Lelaki Parah Selepas Terjatuh Ke Landasan LRT Subang Alam

Seorang lelaki parah pada kepala selepas terjatuh ke landasan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya di stesen Subang Alam, pagi tadi.

04-07-2025
Berita Auto
Pintu Automatik Di Stesen Monorel KL Sentral, Tun Sambanthan, Sudah Operasi

Pintu Automatik Di Stesen Monorel KL Sentral, Tun Sambanthan, Sudah Operasi

Pemasangan PAGS di beberapa stesen monorel dijangka sepenuhnya selewat-lewatnya hujung tahun ini.

26-11-2024
Berita Auto
Operasi LRT Bukit Jalil Dilanjut  1 Pagi

Operasi LRT Bukit Jalil Dilanjut 1 Pagi

Rapid Rail Sdn Bhd akan melanjutkan waktu operasi Stesen LRT Bukit Jalil pada malam Sabtu ini.

22-08-2024
Berita Auto
Semua Kaunter Rapid KL Kini Terima Kad Debit, Kredit

Semua Kaunter Rapid KL Kini Terima Kad Debit, Kredit

Rapid Rail Sdn Bhd, kini membenarkan pelanggan menggunakan kad debit atau kredit di semua kaunter.

02-05-2024
Berita Auto
Ada Berita Baik Buat Pengguna Wanita MRT!

Ada Berita Baik Buat Pengguna Wanita MRT!

Pelaksanaan koc wanita untuk MRT laluan Putrajaya.

09-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Pusat 3S Mitsubishi Eon Auto Mart Kini Di Melaka Autocity

Pusat 3S Mitsubishi Eon Auto Mart Kini Di Melaka Autocity

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bersama rakan pengedarnya, Eon Auto Mart (EAM), hari ini mengumumkan pemindahan dan naik taraf bilik pameran Mitsubishi Motors di Melaka.

16-11-2025
Berita Auto
Projek Dasar Laut Bukan Projek Terbengkalai, Tidak Pernah Diumum Batal

Projek Dasar Laut Bukan Projek Terbengkalai, Tidak Pernah Diumum Batal

Projek Terowong Dasar Laut masih berstatus aktif.

14-11-2025
Berita Auto
RTS Link, TMJ Bimbang Kesesakan Sebaik  RTS Mula Operasi

RTS Link, TMJ Bimbang Kesesakan Sebaik RTS Mula Operasi

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bimbang terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link, siap nanti.

14-11-2025
Berita Auto
Kunjungi Pameran Teknologi EV, BYD Tech Discovery Day Di Plaza Arkadia, Bermula Hari Ini

Kunjungi Pameran Teknologi EV, BYD Tech Discovery Day Di Plaza Arkadia, Bermula Hari Ini

BYD Malaysia, DENZA jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD bersama BYD Sime Motors, pengedar kenderaan rasmi BYD di Malaysia,melancarkan secara rasminya pameran teknologi EV pertama di Malaysia, semalam.

14-11-2025
Berita Auto
Tiada Lagi Healing Percuma, Lepas Ini Bayar Tol Sebelum Naik Genting Highlands

Tiada Lagi Healing Percuma, Lepas Ini Bayar Tol Sebelum Naik Genting Highlands

Genting Highlands akan mengenakan tol bagi menampung kos penyelenggaraan sepanjang 24 kilometer jalan dan cerun yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat itu sejak tahun 1960-an.

14-11-2025
Berita Auto
Monsun Timur Laut, Laluan Dari Gerik, Jeli, Blue Valley Terdedah Tanah Runtuh

Monsun Timur Laut, Laluan Dari Gerik, Jeli, Blue Valley Terdedah Tanah Runtuh

Laluan dari Gerik menuju ke Jeli, Kelantan dan jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang dikatakan berisiko berlakunya kejadian tanah runtuh.

13-11-2025
Berita Auto
Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

13-11-2025
Berita Auto
Proton, PRO-NET Sertai GATE 2025:  Pamerkan Teknologi EV Terkini di GATE 2025

Proton, PRO-NET Sertai GATE 2025: Pamerkan Teknologi EV Terkini di GATE 2025

PRO-NET mempamerkan teknologi terkini kenderaan elektriknya sepanjang pameran Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2025 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

13-11-2025