- Berita
- Berita Auto
- PERHATIAN Warga Kota! Jangan Parkir Sesuka Hati

Perhatian buat warga Kuala Lumpur, letak kenderaan di tempat sepatutnya bagi mengelakkan tayar kenderaan dikunci!
Ini kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah mula melaksanakan tindakan kunci roda kenderaan yang menyebabkan halangan, bahaya atau kesulitan kepada pengguna jalan yang lain.

DBKL berkata, kenderaan yang didapati melakukan kesalahan itu akan dikenakan tindakan kapit (kunci) roda.
"Tindakan dibuat menerusi Seksyen 48, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dilaksanakan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL),” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, warga kota diminta meletakkan kenderaan mereka di tempat yang sepatutnya bagi mengelak daripada didenda.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/