Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Pratonton: SUV Chery Jaecoo 7 & 8 - Tiba Di Pasaran M'sia Tahun Depan?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Chery-Jaecoo-7-SUV-China-1.jpgChery-Jaecoo-8-SUV-China-24.jpg


Semasa 2023 Chery International User Summit (CIUS) yang diadakan baru-baru ini, Chery, di bawah jenama baharunya, Jaecoo, telah memperkenalkan dua SUV terbaru, Jaecoo 7 dan Jaecoo 8, yang bakal dibawa masuk ke dalam pasaran negara dalam usaha memperluaskan rangkaian produk Chery Malaysia pada tahun hadapan. Dalam artikel ini, CariCarz kongsikan fakta ringkas mengenai kedua-dua SUV ini.


SUV JAECOO 7 


Chery-Jaecoo-7-SUV-China-6.jpg


Dimensi: 4,500 mm (panjang) x 1,865 mm (lebar) x 1,680 mm (tinggi)


Jarak antara roda: 2,650 mm


Chery-Jaecoo-7-SUV-China-4.jpgChery-Jaecoo-7-SUV-China-9.jpgChery-Jaecoo-7-SUV-China-3.jpgChery-Jaecoo-7-SUV-China-8.jpgChery-Jaecoo-7-SUV-China-7.jpgChery-Jaecoo-7-SUV-China-10.jpg


Ciri luaran:

  • Lampu nyalaan siang (DRL) LED bergaya Range Rover yang halus
  • Gril hadapan yang besar dengan sisipan krom yang disusun menegak
  • Pemegang pintu yang terbenam
  • Rim aloi 18 inci 
  • Lampu belakang LED berbentuk segi empat tepat dengan pencahayaan dalam susunan piksel
  • Spoiler belakang pada penghujung bumbung 
  • Lampu kabus belakang dalam kedudukan menegak yang ditempatkan untuk menonjolkan lingkungan roda belakang yang lebar


Chery-Jaecoo-7-SUV-China-13.jpgChery-Jaecoo-7-SUV-China-17.jpgChery-Jaecoo-7-SUV-China-16.jpgChery-Jaecoo-7-SUV-China-15.jpg


Ciri kabin:

  • Skrin infotainmen 14.8 inci 
  • Sambungan Android Auto dan Apple CarPlay
  • Kluster instrumen digital 
  • Tempat duduk hadapan automatik dengan sistem pengudaraan
  • Pad pengecas tanpa wayar dan banyak lagi


Ciri mekanikal: 

  • Dua versi iaitu enjin pembakaran dalaman (ICE) sepenuhnya atau hibrid plug-in petrol (PHEV)
  • Untuk versi ICE, J7 diberikan enjin 1.6 liter 4-silinder yang digabungkan dengan transmisi DCT tujuh kelajuan (186 PS dan 275 NM) 
  • Bagi pasaran antarabangsa, J7 dilengkapi dengan pilihan pacuan roda hadapan (FWD) dan semua roda (AWD)


Fakta lain:

Model ini turut dikenali sebagai Chery Tansuo 06 di pasaran China. 


JAECOO 8 


Chery-Jaecoo-8-SUV-China-6.jpg


Dimensi: 4,815 mm (panjang) x 1,924 mm (lebar) x 1,710 mm (tinggi) 


Jarak antara roda: 2,800 mm 


Chery-Jaecoo-8-SUV-China-30.jpgChery-Jaecoo-8-SUV-China-35.jpg

Chery-Jaecoo-8-SUV-China-4.jpgChery-Jaecoo-8-SUV-China-29.jpgChery-Jaecoo-8-SUV-China-11.jpgChery-Jaecoo-8-SUV-China-31.jpg


Ciri luaran: 

  • Gril besar dengan sisipan bar menegak yang sama seperti pada J7
  • Lampu hadapan LED dalam rekaan ‘tajam’
  • Pemegang pintu yang terbenam
  • Rim aloi 20 inci 
  • Lampu belakang LED matriks
  • Spoiler belakang
  • Aksen bampar belakang yang bergaya dengan ekzos quad faux


Chery-Jaecoo-8-SUV-China-17.jpgChery-Jaecoo-8-SUV-China-38.jpgChery-Jaecoo-8-SUV-China-21.jpgChery-Jaecoo-8-SUV-China-20.jpg


Ciri kabin:

  • Paparan gabungan dua skrin
  • Sistem infotainmen yang dikuasakan Qualcomm
  • Tempat duduk automatik dengan sistem pengudaraan, upholsteri kulit
  • Sistem audio Sony 14 speaker dan banyak lagi


Ciri mekanikal: 

  • Dua versi iaitu  ICE dan PHEV
  • Versi ICE menampilkan enjin turbo 2.0 liter 4-silinder TGDI (361 HP dan 400 NM) yang digabungkan dengan transmisi automatik konvensional 8 kelajuan oleh Aisin yang memudahkan penghantaran kuasa kepada kesemua roda (AWD)
  • Varian PHEV mendapat enjin turbo 2.0 liter 4-silinder yang telah diperbaik, digabungkan dengan motor elektrik hibrid tunggal dengan jarak CLTC 1,300 KM, serta masa pecutan 0-100 KM/J yang hebat, iaitu 4.5 saat.


Fakta lain: 

Model ini turut dikenali sebagai Chery Tiggo 9 di pasaran China. 


BILAKAH KEDUA-DUA MODEL INI AKAN DIBAWA MASUK KE MALAYSIA?


Chery-Jaecoo-7-SUV-China-2.jpgChery-Jaecoo-8-SUV-China-23.jpg


Chery Malaysia bercadang untuk memperkenalkan Jaecoo 7 dan 8 ke pasaran tempatan seawal suku kedua (Q2) 2024, dengan kemungkinan pemasangan tempatan (CKD). Buat masa ini, Chery Malaysia belum menentukan sama ada kedua-dua model itu akan didatangkan di bawah sub-jenama Jaecoo atau sebagai model Chery seperti di beberapa pasaran antarabangsa lain.  


Chery-Jaecoo-8-SUV-China-22.jpg


Tag:

Chery Malaysia
Chery
Chery Jaecoo
Jaecoo 7
Jaecoo 8
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Makin Agresif, Chery Perkukuh Pasaran Malaysia Dengan Model Ke-10, Tiggo 9

Chery Malaysia: 3 Tahun, 60 Pengedar, Dan Kilang Baharu RM2.2 Bilion Di Lembah Beringin.

29-06-2026
Kereta Baru

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Berita Auto

Chery Lantik Robert Lewandowski sebagai Duta Jenama Global

Chery melantik ikon bola sepak dunia, Robert Lewandowski, sebagai Duta Jenama Global Chery.

19-05-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Berita Auto

Chery Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih

Tiada Lagi Isu Pasang RFID Sendiri, Chery siap pasang RFID pada model terpilihnya.

22-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026