Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Range Rover Sport 2023 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM1.6 Juta

Sofea Najmi

Kongsi melalui

202310161818-7.jpg


Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) hari ini telah melancarkan Range Rover Sport generasi ketiga secara rasmi bagi pasaran Malaysia. 


CIRI MEKANIKAL  RANGE ROVER SPORT 2023


Range Rover Sport dikuasakan oleh enjin petrol MHEV 3.0 liter turbo yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan ZF dan kuasa disalurkan ke semua roda menerusi sistem  Intelligent All-Wheel Drive. Sistema yang digunakan membolehkannya melakukan pecutan dari 0 hingga 100 km.j dalam masa hanya 5.7 saat. 


202310161839-25.jpg202310161849-18.jpg


Berbanding dengan keluaran terdahulu, model kali ini dibina atas senibina Modular Longitudinal Architecture (MLA-Flex) campuran logam fleksibel, yang menjadikannya memiliki ketegaran kilasan (torsional stiffness) yang 35% lebih tinggi. 


Teknologi lain yang digunakan pada model kali ini ialah Dynamic Air Suspension, sejenis sistem suspensi canggih yang menjadikan spring udara lebih responsif sekaligus memberikan kualiti pengendalian yang mantap. 


LUARAN  RANGE ROVER SPORT 2023


202310161824-3.jpg


Walaupun bersaiz lebih besar berbanding Range Rover Sport 2022, model ini lebih ringan sebanyak 68 kg. Dari sisi permukaan model ini direka ‘rata’ dengan pemegang pintu yang terbenam serta garis badan juga halus, sekaligus memberikannya  prestasi aerodinamik yang baik dengan angka pekali seretan serendah 0.29 sahaja. Model ini diberikan rim bergaya 5127 dalam saiz 22 inci berwarna kelabu Satin Dark Grey. 


202310161830-10.jpg202310161830-17.jpg202310161827-7.jpg202310161836-12.jpg


Dari hadapan, lampu nyalaan siang LED yang digunakan adalah lebih halus, dan juga direka terbenam bersama dengan lampu hadapan membuatkan ia kelihatan bersepadu dengan gril. Di bahagian belakang, kelompok lampu dan tulisan atau logo Range Rover kini ditempatkan di dalam jalur hitam di bahagian bawah cermin kereta. 


Secara keseluruhannya, reka bentuk luarannya menyerlahkan aura moden dan sofistikated jenama mewah ini. 


Photo-2-(1).jpg


KABIN  RANGE ROVER SPORT 2023


Bergerak ke dalam ruang kabin, aura moden kekal terserlah dengan pelbagai teknologi canggih. Konsol tengah diletakkan tinggi. Antara yang disediakan untuk keselesaan optimum semua penumpang ialah sistem kawalan pendingin udara empat zon dan pembersih udara profesional kabin.


202310161849-3.jpg

202310161845-4.jpg202310161846-6.jpg


Dari segi teknologi, Range Rover terbaru dilengkapi dengan sistem infotainmen Pivi Pro bersaiz 13.1 inci beresolusi tinggi yang diletakkan ‘terapung’ di atas papan pemuka. Sistem sama boleh digunakan untuk mengakses fungsi navigasi, serta mengawal media dan tetapn kenderaan. Melengkapkan ruang kokpit, ialah paparan pemandu interaktif bersaiz 13.7 inci. 


CIRI KESELAMATAN RANGE ROVER SPORT 2023


Range Rover Sport 2023 dipadatkan dengan pelbagai Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang canggih merangkumi 

Brek Kecemasan, Kamera Pandangan Keliling 3D, Pengesan Kedalaman Air, Pandangan Laluan (Ground View) ClearSight dan  Cermin Pandang Belakang ClearSight, Lampu Manuver, Kawalan Jelajah Adaptif dengan Bantuan Stereng, Tindak Balas Keadaan Pemandu, Bantuan Kekal Lorong dan  Pengecaman Tanda Lalu Lintas.


HARGA  RANGE ROVER SPORT 2023


Range Rover Sport baharu ditawarkan pada harga bermula dari RM888,688 tidak termasuk cukai dan  RM1,698,000.00 dengan cukai. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.landrover.com.my/.


Tag:

Range Rover Sport
Ranger Rover
Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM)
Range Rover Sport 2023
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Range Rover Evoque 2024 Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Dari RM498K

Range Rover Evoque 2024 yang telah diberikan pembaharuan kini ditawarkan di pasaran. Ini perinciannya...

20-02-2024
Kereta Baru

Range Rover Evoque Facelift Bakal Tiba

Harga masih belum didedahkan.

21-12-2023
Berita Auto

Tahniah JLRM

JLRM meraih anugerah itu selama tiga tahun berturut-turut.

14-11-2023
Kereta Baru

Range Rover Velar: Harga Kayangan, Boleh Beli Rumah

Range Rover Velar sudah mendarat di pasaran tempatan.

22-09-2023
Berita Auto

[LAPORAN] Inokom Terlibat Dalam Pemasangan Tempatan Model Jaguar Land Rover

Ada ura-ura mengatakan bahawa Jaguar Land Rover (JLR) mahu melakukan pemasangan CKD di Malaysia.

30-03-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026