- Berita
- Kereta Baru
- SUV EQS 580 4Matic Kini Rasmi Di Malaysia – Jarak EV 615KM, Dari RM699K
SUV EQS 580 4Matic Kini Rasmi Di Malaysia – Jarak EV 615KM, Dari RM699K

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan SUV EQS 580 4Matic untuk pasaran Malaysia sebentar tadi. SUV elektrik ini dijual pada harga bermula dari RM699,888, atas jalan, tanpa insurans.
MEKANIKAL SUV EQS 580 4MATIC


SUV EQS 580 4Matic menggunakan dua motor yang memacu semua roda menerusi sistem 4MATIC AWD. Menggunakan sistem ini, EQS 580 4Matic boleh mencapai kuasa 544 HP & 858 NM dan melakukan pecutan 0-100 KM/J dalam masa hanya 4.6 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi, 210 KM/J.
Jarak maksimum EV model ini ialah 615 KM (WLTP). Bateri 107.8 kWh yang digunakan boleh dicas menggunakan pengecas pantas DC sehingga 200 kW dalam masa 31 minit (0-80%). Sementara itu, dengan pengecas AC sehingga 22 kW pula, kuasa 0-100% boleh dicapai dalam masa 5 jam 30 minit.
LUARAN SUV EQS 580 4MATIC






SUV tujuh tempat duduk yang diperkenalkan kali ini merupakan yang pertama daripada Mercedes-Benz yang menggunakan platform EV khas, EVA2.
Di bahagian hadapan, terdapat gril dalam bentul panel hitam berkilat digunakan untuk menyerlahkan ciri futuristik. Lampu hadapan DIGITAL LIGHT yang digunakan kelihatan bersambung antara satu sama lain melalui gril besar. Di tengah gril terdapat logo tiga bintang Mercedes-Benz. Lampu nyalaan siang (DRL) terdiri daripada tiga bentuk segi tiga kecil. Melalui pemerhatian terperinci, terdapat bar lampu halus di bawah bukaan bonet.
Bergerak ke bahagian belakang, antara ciri yang menonjol ialah bar lampu melintang yang menyerlahkan kelebaran SUV ini. Elemen menarik lain ialah penggunaan pemegang pintu yang terbenam dan rim aloi AMG 22 inci.
KABIN SUV EQS 580 4MATIC





Di bahagian dalam, SUV EQS dilengkapi dengan skrin MBUX Hyperscreen yang menggabungkan tiga skrin merangkumi kluster instrumen digital 12.2 inic, paparan tengah 17.7 inci dan paparan 12.3 inci untuk penumpang hadapan. Selain itu, terdapat paparan-di-kepala (HUD).


Pakej MBUX Rear Seat Entertainment Plus memberikan ciri tambahan iaitu paparan 11.6 inci berasingan untuk kedua-dua penumpang barisan kedua. Membolehkan penumpang ‘melayan’ hiburan mengikut citarasa masing-masing. Sistem hiburan ini disempurnakan lagi dengan sistem audio premium, Burmester 15 speaker dan Dolby Atmos.
KESELAMATAN SUV EQS 580 4MATIC
Dari segi keselamatan, SUV EQS dilengkapi dengan pakej Driving Assistance Package Plus yang termasuk Distronic Plus, Active Lane Keeping Assist, Active Steering Assist, sokongan pengendalian evasif, Pre-Safe Impulse Side dan sensor belakang untuk bantuan keluar lorong. Selain itu, turut ditawarkan sebagai ciri standard ialah kamera 360 darjah.
HARGA SUV EQS 580 4MATIC

SUV EQS 580 4Matic untuk pasaran Malaysia sebentar tadi. SUV elektrik ini dijual pada harga bermula dari RM699,888, atas jalan, tanpa insurans.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
