Link Copiedcheck_circle
Global

Reka Bentuk Toyota Crown Macam Ferrari?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Toyota Crown Sport membuat penampilan sulungnya di Jepun baru-baru ini. SUV hibrid sporty itu merupakan sebahagian daripada barisan Crown yang telah diubah suai.

Ia menampilkan reka bentuk sporty seperti mana yang pernah dilihat pada  konsep kembarnya pada tahun lepas.

Dikhabarkan, Crown Sport ini akan hadir dalam  versi (HEV) manakala versi PHEV pula akan memasuki pasaran selewat-lewatnya pada  Disember tahun ini.

image.png

Berbanding dengan Crown Sport Amerika Syarikat, model JDM ini dilihat lebih pendek dan lebih lebar sedikit membuatkan ia tampak sporty.

Namun jangan keliru dengan Ferrari Purosangue walaupun mereka berdua ini kelihatan sama memandangkan Crown Sports mendapat fascia hadapan yang hampir sama dengan crossover Itali itu.

image.png

Namun jika tak mampu nak beli Ferrari Purosangue, mungkin anda boleh beralih ke arah Toyota Crown Sport.

Ia turut menampilkan lampu hadapan LED berbentuk C.

Dari sisi pula, Crown Sport kelihatan cukup sporty memandangkan  bampar  hadapannya yang memanjang dan garis bumbung yang ramping, termasuk gerbang roda belakang yang melebar.

Ia juga dipadankan dengan rim aloi sebesar 21 inci membuatkan ia berdiri dengan cukup sasa.

Menjengah bahagian belakangnya pula, ia dipadankan dengan lampu belakang LED jenis mendatar selain terdapat saluran udara bebentuk menegak.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian kabinnya, jentera ini cukups sarat dengan teknologi canggih.

Antaranya seperti infotainmen berukuran 12.3 inci manakala upholsteri kabinnya pula ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Sand Brown dan hitam.

Dikhabarkan, tahap  kebisingan, getaran dan kekasaran (NVH) adalah sangat baik .

image.png

Akhir sekali ialah mengenai trenkuasanya, jentera ini disumbat dengan enjin 4 selinder 2.5 liter hibrid namun pihak syarikat tidak mendedahkan jumlah output yang boleh dihasilkan.

Ia akan dihasilkan di kilang Toyota Tsutsumi, Jepun dan varian Hybrid Sport Z  akan dijual pada harga  5.9 juta yen.

image.png

Bagaimanapun, tempahan untuk SUV sporty ini telah dibuka manakala pihak syarikat menyasarkan  jualan sebanyak 700 unit untuk sebulan.


Gallery

Tag:

Toyota Crown Sport
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Dengan Kit Badan, Toyota Crown Sport Tiada Beza Dengan Ferrari Purosangue?

Toyota Crown Sport hampir menyamai Ferrari Purosangue dengan kehadiran kit badan talaan Aero Over dari Jepun.

15-01-2025
Global

Toyota Crown Sport: Harga Bikin Lemah Semangat

Toyota Crown Sport, rasanya masuk tak Malaysia?

20-12-2023

Berita Terkini

Global

Leapmotor Catat Jualan 536,132 Kereta Dari Jan-Nov 2025

Leapmotor mendedahkan bahawa pihaknya berjaya menjual sebanyak 536,132 kenderaan bermula dari Januari hingga November lepas.

16-12-2025
Global
Global

Terbesar Di Dunia: Geely Buka Pusat Ujian Keselamatan Terbesar Dunia Di China

Geely Auto Group telah membuka secara rasminya, Pusat Ujian Keselamatan terbesar di dunia di Hangzhou Bay, Zhejiang, China, baru-baru ini.

15-12-2025
Global

Chery Tambah Satu Lagi Varian 400T Luxury Untuk Model Arrizo 8 Pro

Chery telah menambahkan satu lagi varian untuk Chery Arrizo 8 Pro yang dikenali sebagai 400T Luxury, baru-baru ini.

12-12-2025
Global

Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE

Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.

12-12-2025
Global

Spesifikasi Lotus Eletre PHEV Didedahkan — Trenkuasa 2.0L PHEV, Jarak Gerak EV, 355 km

Spesifikasi Lotus Eletre versi PHEV sudah pun didedahkan di China, baru-baru ini.

09-12-2025
Global

Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?

Kia memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.

09-12-2025
Global

Imej smart #6 EHD PHEV Didedahkan, Jarak Pandu Keseluruhan - 1,810 KM

smart #6 EHD versi PHEV didedahkan, baru-baru ini.

09-12-2025