- Berita
- EV
- Ada Berita Baik Buat Orang Melaka

Tesla telah membuka stesen pengecasan pantas, Tesla Supercharger di Freeport A’Famosa Outlet, Melaka semalam.
Stesen Supercharging V3 ini dilengkapi dengan empat Supercharger dan satu Destination Charger.
Seperti sedia maklum, stesen Tesla V3 Supercharging mampu mengecas Tesla Model 3 selama 15 minit untuk jarak perjalanan 282 kilometer.

Buat masa ini, kadar Supercharging adalah RM 1.25 setiap kWh, dan yuran idle sehingga RM 4.00 setiap minit akan dikenakan apabila stesen penuh.
Apa yang cukup menarik ialah caj pengisian untuk Destination Charging di lokasi ini adalah percuma untuk pemilik kenderaan Tesla sehingga satu notis dikeluarkan.
Untuk makluman ada, stesen di Melaka ini adalah yang ke-4 yang dibuka selepas di Lembah Klang (Pavilion KL dan Cyberjaya) dan juga di Johor .
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
