- Berita
- EV
- Kecoh, Chery Omoda E5 Bakal Dilancar?

Chery Malaysia mengalu-alukan ketibaan unit pertama model Chery Omoda E5 ke pasaran tempatan pada hari ini.
Model itu dibawa masuk memandangkan ia bakal ditayangkan secara eksklusif kepada pihak media menjelang pelancarannya nanti.
Ini membolehkan para media merakamkan gambar bahagian luaran dan dalaman model itu.
Seperti dijangkakan, unit pertama Omoda E5 yang sudah mendarat di Pelabuhan Klang, Selangor itu adalah versi import sepenuhnya dari dari kilang pengeluaran ibu pejabat Chery di Wuhu, wilayah Anhui, China.


Bagaimanapun sebelum ini, Chery Malaysia ada mendedahkan bahawa pihaknya akan memanfaatkan Inokom sebagai rakan pemasangan tempatan dengan pengenalan model CKD yang bakal dipasang di Kulim, Kedah.
Sebelum ini, jentera tersebut ada membuat penampilan sulungnya pada pameran Auto Shanghai 2023. Ia mula dijual sejak Julai lalu.
Selain pasaran China, Omoda 5 versi elektrik ini juga sudah dijual di beberapa pasaran antarabangsa seperti Indonesia dimana tempahan untuk SUV ini sudah pun dibuka.

Jentera ini disumbat dengan bateri berkapasiti kWh dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 221 hp (165 kW).
Omoda E5 ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 7.8 saat.
Dengan adanya, pek bateri litium-ion 61-kWh, ini membolehkan Omoda E5 boleh bergerak sejauh 450 kilometer dengan hanya sekali cas.
Menyentuh mengenai pengecasannya, Chery mendakwa E5 boleh dicas daripada 20-80% hanya dalam masa 30 minit.
Dari segi luarannya, Omoda E5 kelihatan sangat mirip dengan kembarnya, Omoda 5 tetapi kedua-dua model boleh dibezakan dengan muka hadapannya.


Selain daripada itu, Omoda E5 hadir tanpa gril selain menggunakan set roda aloi yang berbeza dengan reka bentuk yang lebih tertutup untuk aerodinamik yang lebih baik, manakala pintu dihiasi dengan lencana E5 dan bukannya Omoda 5.
Chery Malaysia dikatakan akan melancarkan Omoda E5 pada suku pertama tahun 2024.

Sekiranya, Chery Malaysia merancang untuk menjual versi CKD, maka kita boleh menjangkakan SUV EV ini akan dijual pada harga yang sama dengan Omoda 5 iaitu sekitar RM108,800 hingga RM118,800.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
