Link Copiedcheck_circle
EV

Ada Yang Kata Xiaomi SU7, Pesaing Tesla?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Xiaomi telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen jualan bagi kenderaan elektrik pertamanya, Xiaomi SU7 kepada Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (MIIT), China. 

Ia yang menggunakan kod nama MS11 dikeluarkan secara kontrak oleh Beijing Automotive Industry Holding Co. Ltd (BAIC) dan bukannya Xiaomi sendiri.

Buat masa ini, banyak butiran Xiaomi SU7 tidak didedahkan secara terperinci namun  beberapa laporan tempatan mengesahkan Xiaomi bakal menawarkan tiga varian untuk model ini; SU7, SU7 Pro serta SU7 Pro Max.

image.png

Dari segi dimensi, ia mempunyai ukuran panjang 4,997 mm, lebar 1,963 mm dan jarak roda 3,000 mm. 

Ada yang mengatakan ia akan ditawarkan dua pilihan rim bersaiz 19 dan 20 inci.

Malah, pembelinya boleh membuat pesanan kereta itu dengan sensor Lidar, yang terletak di belakang cermin depan untuk menyediakan ciri bantuan pemandu tercanggih.

Mengenai trenkuasa pula, pihak syarikat akan menawarkan dua pilihan rangkaian kuasa: motor pacuan roda belakang (RWD) 220kW (295hp) dan motor pacuan semua roda 495kW (664hp) (220kW belakang dan depan 275kW). 

Untuk model peringkat permulaan, bateri LFP pek daripada BYD akan digunakan manakala varian spesifikasi tinggi akan dipasang dengan pek CATL (NMC ternary).

image.png

Selain butiran itu, model varian tinggi dikatakan seberat 2,205 kilogram (kg) dimana ia mampu mencapai kelajuan maksimum pada 265 km/j.

Sementara itu, model yang lebih rendah, RWD pula cuma seberat 1,980kg dan kelajuan maksimum 210 km/j.

Berdasarkan laporan kami sebelum ini, kami ada menyentuh mengenai teknologi bateri Xiaomi SU7 di mana varian pacuan roda belakang (RWD) boleh bergerak sejauh 800 kilometer manakala  pacuan semua roda (AWD), pula sekitar 600 hingga  650km. 


Dikhabarkan, EV berkenaan bakal dilengkapi HyperOS Xiaomi iaitu sistem pengendalian yang dibangunkan secara dalaman.

Operasi pengeluaran SU7 akan bermula pada bulan Disember, dan penghantaran akan dibuat bermula Februari 2024.

Gallery

Tag:

xiaomi
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV
Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
EV
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026