Link Copiedcheck_circle
EV

Chery Aero, Kereta Paling Aerodinamik Di Dunia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tahukah anda, Chery Aero Concept adalah salah satu kereta paling aerodinamik di dunia.

Pengeluar kereta dari China itu ada menayangkan kereta itu sempena Sidang Kemuncak Pengguna Antarabangsa Chery (2023) pada bulan lepas.

Apapun, gelaran itu sebenarnya tidak langsung memeranjatkan memandangkan Aero Concept layak dinobatkan sebagai kereta paling aerodinamik di dunia.

Tengok sahaja gambar-gambar yang dikongsi, ia kelihatan cukup futuristik selain menampilkan siluet yang agak mantap dan garis bumbung yang sporty.

image.pngimage.png

Ia diinsipirasikan daripada bentuk ikan tuna dimana konsep Aero sebenarnya telah dibangunkan dengan bantuan simulasi AI.

Reka bentuk kerangka badannya  dilengkapi dengan tidak kurang daripada empat set peranti aero aktif.

Keempat-empat set itu sebenarnya untuk membantu konsep EV ini mencapai kadar pekali seretan serendah (Cd)  0.168.

Dengan angka Cd itu, Chery menghebohkan bahawa konsep Aero sebagai kereta paling aerodinamik pernah dibuat walaupun dakwaan ini sudah disangkal selepas siasatan lanjut.

image.png

Ini kerana ada beberapa kereta konsep pernah merekodkan kadar pekali yang lebih rendah berbanding Aero Concept.

Sebagai contoh, kereta konsep Volkswagen ARVW mencapai Cd  0.15 pada tahun 1970-an, manakala Ford Konsep Probe V berjaya memecahkan kejayaan ini pada tahun 1985 dengan merekodkan Cd yang cukup mengagumkan iaitu sebanyak 0.137.

Apapun, usaha Chery untuk menghasilkan kereta paling aerodinamik wajar dipuji, terutamanya bagi syarikat kereta yang ditubuhkan kurang daripada tiga dekad lalu. 

Apa yang pasti, usaha Chery dilihat amat penting untuk pembangunan EV masa depan kerana aerodinamik memainkan peranan yang besar dalam membantu mengekstrak lebih banyak prestasi dan jarak jauh dari EV.

Berbalik kepada Chery Aero, konsep EV ini juga mempunyai beberapa elemen reka bentuk yang kelihatan futuristik. 

image.png

Ini termasuk lampu depan jenis LED yang, roda bercahaya dengan reka bentuk tertutup sepenuhnya, pemegang pintu jenis flush dan ia tidak dilengkapi dengan cermin sisi sebaliknya digantikan dengan kamera.

image.pngimage.png

Berdasarkan penampilannya yang sangat futuristik, adalah lebih selamat untuk mengandaikan bahawa konsep Aero masih jauh dari bentuk pengeluaran terakhirnya.

Ini juga menyebabkan Chery enggan mendedahkan sebarang spesifikasi trenkuasanya namun  konsep baharu Chery Aero menjanjikan masa depan yang sangat mengujakan untuk pembuat kereta China itu, terutamanya dalam zaman elektrifikasi.

Gallery

Tag:

chery aeroconcept
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026