Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

EV Buatan M'sia Bakal Muncul

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri  (MITI) yakin pengeluar kereta tempatan mampu mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) pertama menjelang tahun 2025.

IMG_6049.JPG

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pihak terbabit telah pun memulakan proses penyelidikan dan Pembangunan (R&D) untuk menghasilkan EV.

"Malah, di MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri) mereka ada berkongsi perkembangan terkini mengenai perancangan mereka. Pasukan kita dari MITI juga terlibat dalam memahami kemajuan ini.

"Jadi setakat ini, nampaknya boleh dicapai, kalau dengar daripada taklimat syarikat nasional, kita akan dapat capai matlamat yang kita sasar, pada 2025, katanya.

image.png

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kenderaan smart #1 Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur, semalam.

Menyentuh mengenai stesen pengecas EV, beliau berkata, kerajaan mampu menyediakan 10,000 stesen pengecas di seluruh negera menjelang tahun 2025 nanti.

Ketika ditanya mengenai EV harga mampu milik, Tengku Zafrul berkata kerajaan sememangnya menyarankan lebih banyak syarikat pengeluar EV menjalankan pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia supaya boleh menawarkan EV pada harga yang berpatutan.

"Kerajaan memang memberi banyak insentif untuk EV tetapi, seperti disebut tadi insentif ini mesti dapat dinikmati semua rakyat Malaysia, bukan sahaja mereka yang mampu beli. Kita mahu mendemokrasikan penggunaan EV, kita hendak memastikan lebih ramai rakyat mampu beli EV.

"Mengenai cukai jalan EV, kita telah berbincang dalam Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC). Kini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke (Siew Fook) sedang memuktamadkannya dan saya percaya beliau akan membuat pengumuman dalam masa terdekat," katanya.


Gallery

Tag:

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada

2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!

10-08-2026
EV

Kerajaan Pertimbang Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV Untuk Bina Pengecas Awam

Kerajaan sedang kaji untuk mengenakan satu caj ke atas jualan EV.

04-08-2026
Berita Auto

Roadster Elektrik Pertama, MG Cyberster Sertai Perarakan Hari Kebangsaan

MG Motor Malaysia mengesahkan MG Cyberster akan menyertai kontinjen Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sempena perarakan Hari Kebangsaan ke-68 pada 31 Ogos 2025 di Putrajaya.

26-08-2025
EV

EV Laku Keras, Lebih 33,000 EV Terjual Sehingga September Lalu

Kira-kira 33,319 unit kenderaan penumpang dan perdagangan jenis berkuasa elektrik (xEV) terjual sehingga 30 September lalu.

27-11-2024
EV

Jangan Risau Jika Nak Beli EV, Sebab MITI Bakal Pasang Pengecasan DC Di Setiap Daerah

MITI akan memastikan semua daerah di setiap negeri mempunyai pos pengecasan DC.

27-11-2024
EV

EV Nasional: MITI Bantu Perodua Bangunkan EV Bawah RM100,000

MITI komited membantu PERODUA menghasilkan kenderaan elektrik (EV) mereka di bawah harga RM100,000.

22-10-2024
Berita Auto

MITI: JAC Motors Bakal Melabur Di M'sia Untuk Fasiliti CKD

JAC Motors telah membincangkan rancangan pelaburan meraka di Malaysia.

27-09-2024
EV

Tengku Zafrul Adakan Perbincangan Dengan Delegasi Tesla

Tengku Zafrul telah mengadakan pertemuan dengan delegasi Tesla Malaysia, semalam.

23-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026