Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Ini Dia 2 Model Yang Boleh Ditempah

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengumumkan pihaknya telah membuka tempahan untuk model generasi keempat, Tucson dan versi facelift Hyundai Santa Fe.

Bermula dengan Tucson, ia yang merupakan import sepenuhnya dari Korea Selatan hadir dengan tiga varian iaitu: 2.0 Lite, 1.6T Plus dan 1.6T Max.

image.png

Pengeluarnya menggunakan bahasa rekaan ‘Sensuous Sportiness’ dan ia agak berbeza berbanding model terdahulu.

Bagi varian tertinggi, 2.0 Lite, ia menggunakan enjin: petrol 2.0 liter aspirasi semualajadi empat-silinder dimana ia mampu menghasilkan kuasa 156 PS dan tork 192 Nm.

Varian ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 11.4 saat manakala kelajuan maksimumnya pula 181 km/j.

image.pngimage.png

Sementara itu, bagi varian 1.6T Plus dan 1.6T Max, ia menggunakan enjin 1.6 liter petrol dmana ia mengeluarkan kuasa setakat 180 PS dan 265 Nm.

Kedua-dua varian ini mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 8.8 saat dan kelajuan maksimum mereka 201 km/j.

Menjengah bahagian hadapannya, jentera ini menggunakan lampu nyalaan siang LED, serta diapit dengan gril yang agak menonjol.

image.png

Apapun, reka bentuk luarannya reka dipadankan dengan kabin yang cukup menawan.

Ia menempatkan susunan tanpa butang di sebalik skrin sesentuh infotainmen 8-inci dan tidak terlupa, ia menyokong sambungan Android dan Apple CarPlay tanpa wayar serta pengecaman suara.

image.pngimage.png

Kesemua varian menerima enam beg udara  brek parkir elektronik dengan fungsi penahan auto, Amaran Pelanggaran Titik Buta (BCW) dan Amaran Keluar Selamat.

Bagaimanapun, varian tertinggi menerima lebih banyak kemudahan seperti empat duduk hadapan larasan kuasa lapan-cara dengan fungsi pengudaraan dan pemanasan, kluster instrumen digital 10.35-inci, tailgate bukaan kuasa, bilah pengelap cermin dengan penderia hujan dan pad pengecasan tanpa wayar.

Buat masa ini, HSDM masih belum mendedahkan harga rasmi jentera ini.

HYUNDAI SANTA FE

image.png

Beralih kepada Hyundai Sante Fe pula, ia yang dipasang  sepenuhnya di kilang Inokom, Kulim,Kedah menawarkan tiga  varian: Hybrid Plus, Hybrid Max dan Diesel Max.

Bagi model hibrid, ia dijana dengan enjin petrol 1.6 liter TGDi dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat  180 PS dan 265 Nm.

Ia digandingkan dengan  motor elektrik 59 hp (44.2 kW), dengan kuasa keseluruhan 230 PS dan 350 Nm yang memacu roda depan menerusi transmisi automatik 6 kelajuan.

Sementara itu,  Diesel Max pula disumbat dengan enjin 2.2 liter CRDi. 

image.pngimage.png

Varian ini mampu menghasilkan 202 PS dan 440 Nm yang memacu semua roda menerusi transmisi DCT lapan nisbah kelajuan.

Apapun, kesemua varian ini dilengkapi dengan enam beg udara, ciri keselamatan Hyundai SmartSense penuh, skrin tengah bersaiz lapan inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, dan pengecasan peranti pintar tanpa wayar.

image.png

Jika berminat ada empat warna ditawarkan untuk Santa Fe iaitu Snowflake White Pearl, Jet Black, Meteor Grey dan Stormy Sea.




Gallery

Tag:

Hyundai-Sime Darby Motor (HSDM)
Hyundai Tucson
Hyundai Santa Fe
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Hyundai Santa Fe CKD, Ada 2 Varian: Harga Serendah RM186K

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengumumkan bahawa Hyundai Santa Fe pemasangan tempatan (CKD) sudah dibuka untuk tempahan di seluruh Malaysia.

06-09-2024
Kereta Baru

Tucson CBU, Ada 3 Varian, Harga Bermula RM159K

Akhirnya, Hyundai Tucson dilancarkan secara rasminya.

10-11-2023
Kereta Baru

Pandang Pertama: Santa Fe Hybrid Max, Versi CKD, 7 Tempat Duduk

Hyundai Santa Fe facelift kini lebih macho.

06-11-2023
Pandu Uji

5 FAKTA Ringkas Tentang IONIQ 6

Ioniq 6: Alternatif kepada Tesla!

22-09-2023
Kereta Baru

Hyundai Ioniq 6 Kini Dalam 2 Varian Baharu - Lite & Plus, Dari RM219K

HSDM kini memperkenalkan dua varian baharu, Lite dan Plus di samping dua varian sedia ada, Max RWD dan Max AWD.

16-09-2023
Berita Auto
Kereta Baru

DILANCAR: Hyundai Creta Dah Masuk M'sia, Harga RM149K

HSDM melancarkan Hyundai Creta, sebentar tadi.

28-04-2023
Kereta Baru

Hyundai Palisade LX2 PE 2023 Dilancarkan – 2.2L Diesel & 3.8L Petrol, Dari RM369K

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini telah melancarkan SUV mewah, Hyundai Palisade LX2 facelift 2023 yang kini telah diperbaharui dengan pelbagai ciri premium.

20-01-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

PROTON mengumumkan bahawa tempahan untuk Saga serba baharu (MC3) sudah dibuka di semua wakil pengedar sah PROTON di seluruh negara.

11-11-2025
Kereta Baru

Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour Malaysia telah mendedahkan kepada umum model SUV ranggi terbaru, Jetour T2, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

09-11-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Seperti yang dijangkakan, Malaysia bakal menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic.

07-11-2025
Kereta Baru

Imej Acah Didedahkan, EV Leapmotor B10 Bakal Muncul Dalam Masa Terdekat, Mungkin CKD

Setelah dikesan meluncur di jalan raya negara kita dalam keadaan berpelekat samaran, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China di bawah Stellantis, Leapmotor Malaysia, akhirnya mendedahkan teaser rasmi model terbarunya, Leapmotor B10.

06-11-2025
Kereta Baru

GWM Malaysia Lancar 2 Model Baharu, Ora Good Cat Ultra, Versi GT 2025, Harga Mampu Milik

GWM Malaysia melancarkan secara rasminya, Ora Good Cat GT dan Ora Good Cat Ultra ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

06-11-2025
Kereta Baru

Dilancar: Volkswagen Golf GTI Mk 8.5, Versi CKD - Harga Bermula Daripada RM255,990

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan secara rasminya Golf GTI Mk 8.5 pada harga RM255,990, sebentar tadi.

05-11-2025
Kereta Baru

Pratonton: Volkswagen Golf R-Line Ditunjuk

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mendedahkan Golf R-Line, sebentar tadi.

05-11-2025
Kereta Baru

Alfa Romeo Malaysia Kembali Gegarkan Pasaran, ROI Giulia & Stelvio Dibuka

Selepas sekian lama menyepi, jenama legenda dari Milan, Alfa Romeo, akhirnya kembali ke pasaran Malaysia setelah sebuah laman web yang tertulis 'Alfa Romeo Malaysia' dan media sosial rasminya muncul di dunia maya.

05-11-2025