Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Millenium Welt Tawar Pelbagai Fasiliti

Suhana Veru

Kongsi melalui

[Image]-BMW-Group-Malaysia-and-Millennium-Welt-welcome-first-Retail.Next-concept-dealership-in-the-country.jpg

Millennium Welt, pusat pengedaran BMW bertauliah secara rasminya membuka  bilik pameran yang cukup canggih dimana ia  menampilkan pelbagai perkhidmatan dan fasiliti serba baharu.

Fasiliti baharu ini yang terletak di kawasan perbandaran Seremban 2 merupakan bilik pameran terbesar di luar Lembah Klang.

Ia mempamerkan pelbagai model terkini seperti BMW, BMW Motorrad, MINI, BMW Premium Selection (BPS) serta MINI Used Car Next (MUCN).

06.-BMW-Group-Malaysia-and-Millennium-Welt-welcome-first-Retail.Next-concept-dealership-in-the-country.jpg

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, sepanjang 20 tahun  menjalankan perniagaan di Malaysia, BMW Group sentiasa mendahulukan pelanggannya dalam setiap produk dan servis yang ditawarkan.

“Bilik pameran yang berkonsepkan inovatif ini mencerminkan satu titik sejarah yang penting dalam perjalanan kami, bagi memastikan pelanggan yang kami hargai terus menjadi tumpuan dalam setiap aspek pemilikan jentera BMW dan MINI mereka,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Bilik pameran seluas 173,948 kaki persegi ini mempamerkan konsep rekaan lestari dengan penggunaan bahan-bahan kitar semula serta menerapkan unsur kecanggihan.

08.-BMW-Group-Malaysia-and-Millennium-Welt-welcome-first-Retail.Next-concept-dealership-in-the-country.jpg03.-BMW-Group-Malaysia-and-Millennium-Welt-welcome-first-Retail.Next-concept-dealership-in-the-country.jpg

Fasiliti ini turut menyediakan ruang khas bagi kenderaan BMW M dan BMW i, termasuk ruang singgah eksklusif yang baharu untuk urusan jualan dan pascajualan buat para pelanggan.

Pelbagai fasiliti bertema gaya hidup juga akan disediakan termasuk BMW Bar & Lounge, ruang singgah Grand Klasse dan ruang santai.

Para pelanggan juga boleh memperbaharui insurans serta melakukan urusan tukar beli kenderaan.

Bukan itu sahaja, para pelanggan boleh mengakses pusat servis 4S serba komprehensif atau membuat kunjungan ‘pit stop’ Fastlane di fasiliti tersebut.

10.-BMW-Group-Malaysia-and-Millennium-Welt-welcome-first-Retail.Next-concept-dealership-in-the-country.jpg

Para pelanggan juga boleh menggunakan fasiliti pengecasan pantas AC dan DC untuk kenderaan elektrik (EV) di bilik pameran tersebut.

Selain itu, ia juga menampilkan lapan ruang servis, sekali gus dapat menampung sehingga 50 janji temu servis setiap hari.

Di sebalik pembukaan bilik pameran itu, Millennium Welt Seremban 2 juga menawarkan pelbagai promosi eksklusif buat para pelanggan dari 25 hingga 26 November.

11.-BMW-Group-Malaysia-and-Millennium-Welt-welcome-first-Retail.Next-concept-dealership-in-the-country.jpg

Antaranya:

BMW Advance Car Eye 3.0 percuma - Pelanggan yang membeli kenderaan BMW baharu dapat merakam secara automatic menerusi kamera papan pemuka BMW Advanced Car Eye 3.0 PRO.

Panel Solar Solaroo percuma dengan penempahan BMW i7 - Pelanggan yang membuat tempahan bagi jentera BMW i7 yang sulung akan menerima Panel Solar Solaroo yang bernilai RM20,000 secara percuma bagi memudahkan lagi gaya hidup lestari mereka dengan kebolehan untuk mengecas EV di rumah.

Rebat tunai bagi ansuran kenderaan MINI - Nikmati potongan bayaran selama enam bulan bagi ansuran anda apabila anda membeli mana-mana kenderaan di bawah jenama MINI semasa tempoh promosi ini (tertakluk kepada terma dan syarat).

Tawaran Insurans BMW Premium Selection - Pelanggan yang membeli kenderaan BMW pramilik di bawah BMW Premium Selection layak untuk menerima insurans automotif percuma bernilai RM 5,000.

‘Running in Service’ percuma untuk BMW Motorrad - Peminat motosikal yang memilih BMW Motorrad dapat menikmati ‘Running in Service’ secara percuma pada 1,000km, menjamin prestasi yang optimum seawal langkah pertama.

Diskaun untuk BMW Lifestyle Merchandise - Aneka barangan terpilih di bawah BMW Lifestyle Merchandise akan membawakan diskaun hebat sehingga 50% bagi mereka yang ingin memperibadikan lagi pengalaman pemilikan BMW masing-masing.

Sepanjan tempoh promosi yang menarik ini, semua model Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) akan didatangkan dengan khidmat pemasangan alat pengecasan rumah secara percuma, ditawarkan oleh ChargePoint. 

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan-pelanggan baharu, Millennium Welt Seremban 2 juga menawarkan produk-produk Lumar Car Care bernilai RM2,000 secara percuma bagi setiap pembelian kereta BMW dan MINI yang baharu.

Bilik pameran Millennium Welt Seremban 2 beroperasi setiap hari dari 8:30 pagi hingga 6:30 petang pada hari Isnin hingga Sabtu, dan dari 10 pagi hingga 6:30 petang pada hari Ahad dan cuti umum – sementara pusat 4S beroperasi Isnin hingga Sabtu dari 8:30 pagi hingga 5:30 petang. 

Fasiliti ini beralamat di No.1, Jalan S2 A6, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.

Tag:

Millenium Welt
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026