- Berita
- Kereta Baru
- Nama Pun BMW, Kira Standardlah Harganya!
BMW Malaysia mengumumkan harga rasmi bagi BMW 750e xDrive M Sport baharu ialah RM 699,800.00.
Bagaimanapun , dengan pelan pembiayaan ‘Straight Line’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW 750e xDrive M Sport baharu boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM8,102.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh tujuhtahun).
Pemilik jentera BMW 750e xDrive M Sport baharu juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:
• Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun berserta Program Servis Berjadual Percuma oleh BMW
• Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW
• Servis Dalam Talian BMW
Harga itu ditawarkan dengan Pakej Servis, Waranti Lanjutan 5 Tahun, termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans).
Untuk keterangan lanjut, KLIK.
Gallery





Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/