Link Copiedcheck_circle
EV

Nama Pun Ganas, Zeekr 007, Nombor James Bond

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Menjelang ketibaan Auto Guangzhou 2023, Zeekr akhirnya mendedahkan model EV terbaharunya yang dikenali sebagai Zeekr 007.

Menurut laman berita Car News China, Zeekr yang berada di bawah jenama Geely telah tmendedahkan jentera itu hanya kepada beberapa media sebelum ia dipamerkan secara rasmi  pada hari esok.

image.png

Jentera ini mendapat sentuhan daripada khidmat mantan ketua pereka Bentley, Stefan Sielaff.

Maka, hasilnya cukup mengagumkan.

image.pngimage.png

Tidak seperti model Zeekr EV yang lain, 007 didatangkan dengan panel lebar penuh dengan grafik LED animasi pada kedua-dua hujungnya. 

image.pngimage.png

Panel cahaya tersebut hanya menyala apabila kereta dihidupkan, di mana ia kekal hitam apabila kereta dimatikan dan diparkir.

Berikut adalah perinciannya:

Rim aloi 20 inci

Skrin infotainmen bersaiz besar

Paparan instrumen digital jenis skrin leper 

Ada paparan head-up

Roda stereng dua jejari 

Tuil tukaran gear terletak di stereng

Pad pengecas untuk dua telefon terletak di konsol tengah

Ada perehat tangan

Ruang penyimpanan agak besar

Ada saluran pendingin hawa (bahagian belakang)

2 port USB

image.png

Dari segi  trenkuasanya, Car News China melaporkan bahawa Zeekr 007 menerima  motor elektrik tunggal dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 204 hp dan 350 Nm.

Selain itu, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalm 6.5 saat.


Ada juga desas-desus mengatakan bahawa 007 juga boleh didapati dalam pacuan semua roda (AWD) dwi-motor, yang menjanjikan prestasi yang lebih mantap.

Menurut laporan CarNewsChina, Zeekr 007 ini dijangka akan dijual pada harga bermula 200,000 yuan (RM129,875) sehingga 250,000 yuan (RM162,332).


Gallery

Tag:

Zeekr 007 EV Sedan
#geely
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi

Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu

Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.

05-03-2025
EV

Jenama EV, Zeekr, Lynk & Co Bersatu – Kini Zeekr Group

Jenama kenderaan elektrik (EV) premium dari China, Zeekr, kini secara rasmi bergabung dengan jenama Lynk & Co.

16-02-2025
Berita Auto

Proton Saga MC3 Dikesan Dengan Kamera ADAS, Teknologi Keselamatan Lebih Canggih?

Kelibat terbaru model Proton ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook.

19-01-2025
Berita Auto

DRB-HICOM, GEELY, Meterai Kerjasama Untuk Bangunkan AHTV Di Tanjung Malim

DRB-HICOM dan Geely menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) pada pelancaran kenderaan elektrik pertama Proton, e.MAS 7, di ibu negara semalam.

17-12-2024
EV

PROTON e. MAS 7 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM110K

Pengeluar kereta nasional, Proton akhirnya melancarkan secara rasminya kenderaan elektrik pertama Malaysia, Proton e.MAS 7 di ibu negara sebentar tadi.

16-12-2024
EV

Geely: Sekali Guna EV, Pemandu Tidak Akan Kembali Guna Kereta Petrol, Betul Ke?

"Seperti membeli kereta tetapi kembali (menggunakan) kuda, sudah tentu tidak selesa," wakil Geely.

07-11-2024
EV

36 Pengedar e.MAS, Semakin Ramai Minat Jadi Pengedar Selepas Lawatan R&D Geely Di China

Anak syarikat pembuat kereta nasional PROTON, PRO-NET mengumumkan pelantikan sebanyak 36 pengedar Proton e.MAS yang dibuat baru-baru ini.

01-10-2024
EV

Pengedar Proton e.MAS Dibawa Lihat Geome Xingyuan di China – Mungkinkah Ini e.MAS 5?

Jenama kenderaan elektrik (EV) nasional, Proton e.MAS, menganjurkan satu kunjungan rasmi ke China bersama beberapa pengedarnya..

27-09-2024

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026