Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perodua Rancak Bangunkan Model D66B

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ada sumber dalaman memaklumkan  bahawa pengeluaran crossover tujuh tempat duduk, Perodua Aruz sudah ditamatkan.

Sumber itu juga menyatakan barisan sedia Aruz akan menjalani penambahbaikan bagi menghasilkan model baharu, D66B.

Sedikit sejarah mengenai Aruz, model itu dilancarkan pada tahun 2019 dan ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan.

Biarpun, ketiadaan Aruz di pasaran mungkin menjadi berita buruk bagi sesetengah peminatnya namun kami mahu mendedahkan sesuatu kepada anda!

Sumber kami memberitahu model baharu itu akan dibina berasaskan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dan menampilkan rangkaian kuasa hibrid.

Ini bermakna model D66B akan menjadi kenderaan hibrid (HEV) yang pertama dihasilkan oleh pengeluar kereta nasional, Perodua.

image.pngimage.png

Jadi kami cukup yakin bahawa  D66B sebenarnya akan menjadi versi lencana semula  HEV Toyota Yaris Cross.

.SUV kompak itu sudah pun membuat penampilan sulungnya di Indonesia dan Thailand  pada awal tahun ini.

image.png

Sudah tentu, ini adalah perkembangan menarik oleh pembuat kereta nasional itu, yang juga selari dengan apa yang dinyatakan oleh Presidennya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, sebelum ini mengenai peralihan Perodua ke arah rangkaian kuasa hibrid (HEV).

Setakat ini, Perodua hanya menawarkan Ativa dalam bentuk hibrid melalui program ‘langganan’ khas yang digandakan sebagai kajian pengguna jangka panjang. 

Hanya 300 unit dibuat oleh Daihatsu dan diimport dari Jepun.

Bagaimanapun, langkah untuk menaik taraf barisan Aruz nampaknya logik, kerana menerima permintaan tinggi model yang berasaskan DNGA seperti - Ativa, Alza, dan Axia

 Buat masa ini, Perodua mengambil sikap berdiam diri  mengenai D66B, terutamanya mengenai pengenalan model itu di pasaran.

Gallery

Tag:

peroduaaruz
Yaris Cross
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pengajaran Buat Suami Hidung Belang.

Bahana kaki janda, isteri conteng kereta suami.

04-12-2022
Berita Auto
Global

Toyota Yaris Cross Dilancar, Ada 6 Varian, Cukup Lah Tu!

Toyota Yaris Cross secara rasminya telah dilancarkan di pasaran Indonesia pada minggu ini.

15-06-2023
Global

Sejarah Tercipta! 10 Juta Unit Yaris Terjual Selepas 25 Tahun Pengeluaran

Toyota Yaris kini telah melepasi 10 juta unit jualan di seluruh dunia.

04-04-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian, Harga Minyak Turun Lagi Bermula 18-24 Dis 2025

Semua harga minyak turun bermula 18 hingga 24 Disember ini.

17-12-2025
Berita Auto

Perodua Traz Dilancar, Perodua Sasar Jual 1,900 Unit Sebulan

Perodua mengakui model terbaharunya, Perodua Traz yang baru sahaja dilancarkan pagi tadi mempunyai pasarannya yang tersendiri.

17-12-2025
Berita Auto

Tiada Cukai Jalan, Insurans, JPJ Tidak Akan Kompromi Dengan Sesiapa!

JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang yang memandu kenderaan tanpa perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) sah.

17-12-2025
Berita Auto

Pelarasan Harga Pas Perjalanan Rapid KL Mulai 1 Januari 2026

Harga beberapa pas perjalanan Rapid KL akan diselaraskan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

16-12-2025
Berita Auto

OMODA | JAECOO Buat Promosi – Bukan Sekadar Diskaun, Jimat Cecah RM14,000!

Menjelang penutupan tirai tahun 2025, OMODA | JAECOO Malaysia ingin ‘memanjakan’ bakal pembeli SUV dengan pelancaran kempen 'Season of Rewards'.

16-12-2025
Berita Auto

Denza Laku Keras, Lebih 1,000 Unit Denza D9 Telah Dihantar Kepada Pelanggan

Denza mencatatkan pencapaian bermakna apabila 1,002 unit Denza D9 telah dihantar kepada pelanggan.

16-12-2025
Berita Auto

Kenderaan Berat Dilarang Guna Jambatan Angkat, Ada Sebabnya!

Bermula 1 Januari depan, kenderaan berat seperti lori, treler serta bas pelancong tidak lagi dibenar menggunakan Jambatan Angkat Kuala Terengganu.

16-12-2025
Berita Auto

Bahana Ambil Telefon Bimbit Terjatuh, Kereta Dipandu Masuk Parit

Tindakan seorang peniaga mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh ke bawah kerusi ketika memandu mengundang padah apabila keretanya yang dipandunya masuk parit.

16-12-2025