Link Copiedcheck_circle
EV

Proton Giat Kemas Kini Teknologi EV

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Di sebalik pelancaran PROTON S70 semalam, Proton mendedahkan bahawa pihaknya sedang giat mengemas kini teknologi kenderaan elektrik (EV) dan akan akan dilancarkan tidak lama lagi.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Proton, Tan Sri Syed Faisal Albar yang tidak sempat membalas pantun Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada pelancaran smart#1 pada minggu lepas.

Menerusi pantun itu, Tengku Zafrul ada menyelit bertanyakan mengenai EV Proton.

“Pantun YB, bertanyakan kami apakah EV keluar dua tahun lagi, teknologi EV kami tengah kemas kini, akan dilancar tak berapa lama lagi,” kata Syed Faisal.

RAW1_CariCarz_PROTON-S70-38-(1).jpg

Menurutnya, pihaknya sedang melaksanakan apa yang perlu untuk memperkenalkan kereta EV pertama.

"Jadi, buat masa ini PROTON sedang mengemaskini teknologi EV,” katanya.

Proton S70 dilancarkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Turut hadir Pengerusi DRB-Hicom Bhd (DRB-Hicom), Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin; dan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong.

Sebelum ini, Proton mendakwa pihaknya akan mempercepatkan pelan kenderaan elektrik (EV) apabila merancang untuk memperkenalkan model tempatan pertama seawal 2025 berbanding perancangan awal pada 2027.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026