Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Subsidi Bersasar RON95 Mula Tahun Depan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Targeted-Petrol-Subsidy-2024-(1).jpg


Program subsidi bersasar memastikan sokongan kewangan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.


Program subsidi bersasar bagi RON95 akan mula dilaksanakan pada separuh kedua tahun 2024 sebagai inisiatif untuk memastikan sokongan kewangan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. 


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, menyatakan bahawa model di mana golongan T20 menerima 53 peratus daripada subsidi bahan api bukanlah satu model yang mampan atau adil. 


thumb-HARGA-MINYAK-TERKINI-OIL-PRICE.png


Program subsidi bersasar bagi RON95 akan mula dilaksanakan pada separuh kedua tahun 2024.


"Usaha ini sejajar dengan kedudukan kerajaan dalam meluaskan paradigma fiskal. Berdasarkan kewangan awam kita yang mengalami defisit fiskal lebih 5.0 peratus selama tiga tahun berturut-turut, kita perlu mencari kaedah baharu untuk menggerakkan sumber kita dan mengurangkan pembaziran dalam sistem," katanya  semasa Persidangan Prospek Ekonomi Negara (NEOC). 


Rafizi menegaskan bahawa program penyasaran semula subsidi ini akan memberikan peningkatan positif kepada kedudukan fiskal negara.


Rafizi-Manifesto-Caricarz-(1).jpeg


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli


Mengulas lanjut mengenai inisiatif ini, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata,  pelaksanaan program subsidi bersasar ini mengambil masa yang lama bagi memastikan kelancarannya. 


“Setahun lalu saya bercakap mengenai perkara ini. Saya tahu penganalisis di luar sana bertanya kenapa mengambil masa lama (melaksanakannya). (Ia) sebab kita melihat ia dilaksanakan di negara lain. Urutan penting dengan memastikan semua perkara sedia dan cuba rapatkan lohong sebaik mungkin.


“Kita tidak mampu kepada pusingan ‘U’ apabila ia dilaksanakan. Kita mengambil setahun untuk menyediakan asas dan saya tidak kisah,” katanya.

Sumber: Utusan, Bernama

Tag:

Program subsidi bersasar
Rafizi Ramli
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Minyak Tak Turun: Ini Penjelasan Rafizi

Ada sebabnya kenapa minyak tak boleh diturunkan.

10-06-2024
Berita Auto

Tak Kemas Kini Data PADU, Tak Dapat Subsidi

Tiada tindakan akan dikenakan kepada mereka yang tidak mengemas kini maklumat di PADU.

30-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026