Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

SUV Pertama Ferrari, Purosangue, Kini Di Malaysia – Capai 715 HP, Dari RM5 Juta

Sofea Najmi

Kongsi melalui

08_Ferrari-Ital-Auto-Malaysia-Showroom.jpg


Ferrari Purosangue kini secara rasminya telah mendarat di Malaysia. Kedatangan model ini diraikan bersama-sama dengan perasmian bilik pameran Ferrari baharu pertama di Malaysia di bawah syarikat Ital Auto Malaysia. Walau bagaimanapun, buat masa ini, Ferrari Purosangue masih belum ditawarkan di pasaran. Nak tahu kenapa? Teruskan membaca.


01_Ferrari-Ital-Auto-Malaysia-Showroom.jpg


Awal tahun ini, Ferrari telah menamatkan kerjasama dengan Naza Italia Sdn Bhd sebelum melantik Ital Auto Malaysia sebagai pengimport Ferrari Malaysia yang baharu. 


06_Ferrari-Ital-Auto-Malaysia-Showroom.jpg16_Customer-Lounge.jpg15_Customer-Lounge.jpg13_Configuration-Room_Atelier-Panels.jpg


Ital Auto Malaysia telah melancarkan bilik pameran Ferrari pertamanya di aras bawah Four Seasons Kuala Lumpur, bersebelahan dengan KLCC.


Selepas kemunculan global pertama Purosangue tahun lalu, Ferrari mengatakan bahawa model ini bukanlah sebuah SUV, walaupun ia diletakkan sebagai pesaing bagi SUV Lamborghini Urus dan  Aston Martin DBX. Ferrari juga mendedahkan bahawa  Purosangue  tidak akan mengambil lebih daripada 20% jumlah penghantaran tahunan syarikat, sekaligus menjadikannya salah satu model eksklusif. 


15-Ferrari-Purosangue-MY-Premiere.jpg


Di peringkat global, Ferrari telah menutup tempahan untuk Purosangue.


Dari segi mekanikal, Purosangue dikuasakan oleh enjin petrol V12 6.5 liter sama seperti model 812 Superfast/GTS/Competizione, namun diberikan talaan berbeza dengan output 715 HP dan 716 NM.


43-Ferrari-Purosangue-MY-Premiere.jpg29-Ferrari-Purosangue-MY-Premiere.jpg


Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan F1 DCT Ferrari serta sistem pacuan semua roda (AWD),  Purosangue boleh mencapai 0-100 KM/J dalam masa hanya  3.3 saat, 0-200 KM/J dalam 10.6 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 310 KM/J.


16-Ferrari-Purosangue-MY-Premiere.jpg

39-Ferrari-Purosangue-MY-Premiere.jpg40-Ferrari-Purosangue-MY-Premiere.jpg


Antara ciri menarik pada model ini ialah penggunaan sistem suspensi aktif yang pertama kali ditawarkan Ferrari. Selain itu, Purosangue menggunakan pintu ‘Coach’ ala Rolls-Royce dengan fungsi penutupan ‘lembut’ dan pintu belakang yang dibuka ke belakang. Ciri lain ialah kabin yang luas dan mewah, serta padat dengan pelbagai teknologi canggih termasuk tempat duduk dengan fungsi urutan. 


05-Ferrari-Purosangue-MY-Premiere.jpg


Pelanggan bertuah yang telah membuat tempahan awal akan mula menerima model ini bermula tahun 2025.


CariCarz turut dimaklumkan bahawa sekiranya tempahan dibuka semula,  Ital Auto Malaysia hanya akan menawarkannya kepada pelanggan tertentu melalui jemputan. Mengenai harganya, model ini ditawarkan bermula daripada harga RM5 juta termasuk pilihan tambahan, cukai, dan duti. Pembelian untuk pasaran Malaysia adalah termasuk waranti penyelenggaran selama 7 tahun (secara berkala pada setiap 20,000 KM atau setahun sekali tanpa mengira had perbatuan). 

17-Ferrari-Purosangue-MY-Premiere.jpg

Tag:

SUV
Ferrari
Ferrari Purosangue
Ferrari Purosangue Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

DUKE: SUV Terbakar, Nahas Babit 3 Kenderaan

Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terbakar dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya DUKE dari arah Duta menghala ke Ampang, di sini, hari ini.

19-01-2026
Berita Auto

GWM WEY 80 Dinamakan Sebagai WEY G9, Dikhabarkan Bakal Masuk Pasaran Tidak Lama Lagi

GWM Malaysia telah menamakan semula WEY 80 kepada GWM WEY 9, baru-baru ini.

17-09-2025
Berita Auto

Lagi Kemalangan Maut Di LPT 1

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang memandu tanpa lesen maut di LPT 1.

19-08-2025
Global

Lagi Model BYD Bakal Dilancar, Kali Ini, Denza N9, Macho Habis

BYD Denza N9 akan dilancarkan secara rasminya pada Mac ini.

04-02-2025
Berita Auto

Kereta Paling Banyak Dicuri Di Malaysia, SUV, 4X4, Trak Pikap

Hati-hati buat semua pemilik kereta SUV, 4X4 dan trak pikap kerana kenderaan ini menjadi sasaran pencuri.

12-11-2024
Global

GWM Tank 500 Raih ANCAP 5 Bintang! Ada Sensor Kesan Kehadiran Kanak-Kanak Dalam Kereta

GWM Tank 500 baru-baru ini telah meraih penarafan keselamatan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu Australasian (ANCAP).

29-05-2024
Kereta Baru

GAC GS3 EMZOOM Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM118K

WTCA telah secara rasminya melancarkan SUV kompak, GAC GS3 EMZOOM di Malaysia.

18-04-2024
Berita Auto

SUV Ranggi, GWM Tank 300 Masuki Pasaran Malaysia Tak Lama Lagi?

GWM beri petanda akan bawa masuk GWM Tank 300 di Malaysia tidak lama lagi.

08-02-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!

Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.

26-02-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 Sah Dilancarkan 5 Mac – Insurans Percuma, Angpow, Kalau Tempah Awal

Teka-teki mengenai tarikh pelancaran SUV segmen B, Jaecoo J5, akhirnya terjawab. Menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka, Jaecoo Malaysia mengesahkan model ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mac depan.

25-02-2026
Kereta Baru

Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?

Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.

24-02-2026
Kereta Baru

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026