Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Van Elektrik CAM EA4 Kini Di Pasaran – Cecah 400KM! Dijual Dari RM215K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CAM-EA4-(18).jpg


Van elektrik bersaiz besar, CAM EA4, telah dilancarkan semasa Pameran & Persidangan E-Mobility Asia yang berlangsung di KLCC dari 22-24 Nov 


CAM Malaysia, di bawah Sendok Group, semalam telah melancarkan CAM EA4, sebuah van berkuasa elektrik sepenuhnya yang dibangunkan berdasarkan van versi enjin pembakaran dalaman (ICE), CAM Placer-X A4. Van ini ditawarkan dalam dua varian iaitu van panel dan van tingkap dengan 12 tempat duduk. Harga jualannya bermula dari RM215,800. 


Dengan pelancaran CAM EA4, CAM Malaysia kini telah menembusi pasaran kedua-dua segmen van bersaiz kecil dan besar versi elektrik. Sebelum ini, CAM Malaysia telah melancarkan van elektrik kecil, CAM EC35, pada Januari 2022. 


CIRI MEKANIKAL CAM EA4


Berbanding dengan van elektrik lain di pasaran Malaysia, CAM EA4 menawarkan jarak perjalanan EV paling jauh dalam kelasnya, sehingga 400KM (NEDC). Kedua-dua varian yang ditawarkan menggunakan motor yang dipasang di bahagian belakang, menghasilkan kuasa 134HP (100kW) dan tork 320nM. Van ini dilengkapi dengan sistem brek regeneratif. 


CAM-EA4-(17).jpg


Kuasa dibekalkan oleh bateri Lithium-Ferro-Fosfat (LFP) 86.1 kWh dengan kemampuan pengecasan AC sehingga 6.6kW dalam masa 11 jam dari 20-100%. Pengguna juga boleh mendapatkan kapasiti pengecasan AC sehingga 22 kW untuk masa yang lebih singkat, 3.5 jam. 


CAM-EA4-(15).jpg


Sementara itu, menggunakan pengecas DC pula, van boleh dicas penuh dari 20-100% dalam masa sepantas 1.5 jam, bergantung kepada keadaan bateri dan alam sekitar. 


MUATAN MAKSIMUM CAM EA4


CAM-EA4-(9).jpgCAM-EA4-(12).jpg


Van panel CAM EA4 memiliki isipadu kargo 7.3 meter padu dan muatan maksimum lebih daripada 1 tan. Ini menjadikannya pilihan yang ideal untuk perniagaan dalam pelbagai industri.


KELENGKAPAN DAN TEKNOLOGI PADA CAM EA4


CAM-EA4-(4).jpgCAM-EA4-(8).jpg


Sementara itu, van penumpang dilengkapi dengan pelbagai fungsi penting yang memberikan keselesaan seperti sistem kawalan tengah yang diringkaskan, unit penyejuk udara belakang dengan enam corong pengudaraan di bumbung, pintu gelangsar yang boleh dibuka dengan luas, tempat duduk belakang yang boleh dilipat untuk ruang simpanan yang lebih besar serta tempat duduk untuk 12 orang, termasuk pemandu.



CAM-EA4-(3).jpgCAM-EA4-(5).jpg


Untuk hiburan, kedua-dua varian didatangkan dengan paparan LCD bersaiz 7 inci dengan sambungan MP3, USB, AUX dan Bluetooth, empat unit speaker. Ciri-ciri menarik lain termasuk cermin sisi yang boleh dilaraskan secara automatik dengan lampu isyarat LED, kamera dan sensor undur, lampu brek ketiga yang diletakkan tinggi, dan lampu kabus hadapan.


CIRI KESELAMATAN CAM EA4


Ciri keselamatan yang ditawarkan secara standard pada van elektrik CAM EA4 termasuk beg udara pemandu dan penumpang hadapan, ABS & EBD, amaran pejalan kaki pada kelajuan rendah, peringatan tali pinggang pemandu, radar undur dan pengehad kelajuan.


PERKHIDMATAN PASCA JUALAN CAM EA4


Untuk pengalaman pemilikan yang lancar, CAM telah menubuhkan rangkaian pusat servis bagi tujuan penyelenggaraan dan sokongan pasca jualan lain. Selain itu, program C-MSU (CAM-Mobile Support Unit) telah diperkenalkan, program ini menyediakan pasukan servis yang boleh ke lokasi ditetapkan pelanggan. Skop perkhidmatan C-MSU akan terus diperluaskan di seluruh negara negara, membabitkan urusan penyelenggaraan berjadual dan trenkuasa. 


HARGA JUALAN CAM EA4


Van elektrik CAM EA4 ini ditawarkan di pasaran pada harga bermula dari RM215,800. Pembelian adalah termasuk jaminan 6 tahun atau 200,000 KM, mana-mana yang terlebih dahulu. 


Pada masa akan datang, Sendok Group merancang untuk memperkenalkan lebih banyak kenderaan komersial elektrik, termasuk trak ringan dan EV untuk tugasan khas, bagi memenuhi keperluan komersial EV yang kian berkembang. 


Tag:

CAM EA4
CAM Malaysia
Sendok Group
CAM Placer-X A4
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru
Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

Tempahan Proton Saga Serba Baharu (MC3) Sudah Dibuka-Harga Sekitar RM40,000-RM50,000

PROTON mengumumkan bahawa tempahan untuk Saga serba baharu (MC3) sudah dibuka di semua wakil pengedar sah PROTON di seluruh negara.

11-11-2025
Kereta Baru
Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour T2 Versi Pasaran Malaysia Dipertontonkan – Anggaran Dari RM178,888

Jetour Malaysia telah mendedahkan kepada umum model SUV ranggi terbaru, Jetour T2, dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

09-11-2025
Kereta Baru
Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Seperti yang dijangkakan, Malaysia bakal menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic.

07-11-2025
Kereta Baru
Imej Acah Didedahkan, EV Leapmotor B10 Bakal Muncul Dalam Masa Terdekat, Mungkin CKD

Imej Acah Didedahkan, EV Leapmotor B10 Bakal Muncul Dalam Masa Terdekat, Mungkin CKD

Setelah dikesan meluncur di jalan raya negara kita dalam keadaan berpelekat samaran, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China di bawah Stellantis, Leapmotor Malaysia, akhirnya mendedahkan teaser rasmi model terbarunya, Leapmotor B10.

06-11-2025
Kereta Baru
GWM Malaysia Lancar 2 Model Baharu, Ora Good Cat Ultra, Versi GT 2025, Harga Mampu Milik

GWM Malaysia Lancar 2 Model Baharu, Ora Good Cat Ultra, Versi GT 2025, Harga Mampu Milik

GWM Malaysia melancarkan secara rasminya, Ora Good Cat GT dan Ora Good Cat Ultra ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

06-11-2025
Kereta Baru
Dilancar: Volkswagen Golf GTI Mk 8.5, Versi CKD - Harga Bermula Daripada RM255,990

Dilancar: Volkswagen Golf GTI Mk 8.5, Versi CKD - Harga Bermula Daripada RM255,990

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan secara rasminya Golf GTI Mk 8.5 pada harga RM255,990, sebentar tadi.

05-11-2025
Kereta Baru
Pratonton: Volkswagen Golf R-Line Ditunjuk

Pratonton: Volkswagen Golf R-Line Ditunjuk

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mendedahkan Golf R-Line, sebentar tadi.

05-11-2025
Kereta Baru
Alfa Romeo Malaysia Kembali Gegarkan Pasaran, ROI Giulia & Stelvio Dibuka

Alfa Romeo Malaysia Kembali Gegarkan Pasaran, ROI Giulia & Stelvio Dibuka

Selepas sekian lama menyepi, jenama legenda dari Milan, Alfa Romeo, akhirnya kembali ke pasaran Malaysia setelah sebuah laman web yang tertulis 'Alfa Romeo Malaysia' dan media sosial rasminya muncul di dunia maya.

05-11-2025