- Berita
- Kereta Baru
- Proton Dedah Harga S70

Pengeluar kereta nasional, PROTON menutup tirai tahun 2023 dengan melancarkan secara rasminya model sedan terbaharunya, S70 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

Ia didatangkan dalam empat varian: 1.5T Executive, 1.5T Premium, 1.5T Flagship dan 1.5T Flagship X.

Berikut adalah harganya:
• PROTON S70 1.5T Executive – RM 73,800
• PROTON S70 1.5T Premium – RM79,800
• PROTON S70 1.5T Flagship – RM89,800
• PROTON S70 1.5T Flagship X - RM94,800
Kesemua varian ini disumbat dengan satu jenis enjin iaitu 1.5 liter tiga silinder dengan sistem suntikan bahan api konvensional (PFI).

Ini membolehkan ia mampu menghamburkan kuasa setakat 110 hp dan tork maksima 226 Nm.
Ia digandingkan bersama kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan 7DCT.

Antara ciri yang terdapat 1.5T Executive ialah:
• 6 beg udara
• Cermin sisi boleh dilipat secara manual
• Ada kawalan jelajah
• Mod pemanduan: Normal, Sport, Comfort
• Tempat duduk dibaluti dengan fabrik
• Skrin sentuh 8 inci
• Sambungan telefon pintar
• Ada sambungan Bluetooth
• 4 Speaker
• 3 Port pengecas di depan, 2 di belakang
• Lampu halogen
• DRL LED
• Rim aloi 16-inci dengan profil tayar 205/55
• Sistem kemasukan kunci pintar dengan butang Push Start
• Penghidup enjin jarak jauh
• Roda stereng urethane
• Stereng larasan atas-bawah dan teleskopik
• Butang kawalan di stereng
• Panel meter analog
• Pendingin tetapan manual dengan penapis udara N95 dan corong belakang
• Tingkap boleh dilaraskan secara berkuasa


1.5T Premium
• Cermin sisi boleh dilipat secara automatik
• Lampu belakang jenis bar
• Tempat duduk dibaluti dengan kulit
• Ada perehat tangan di belakang
• Tingkap Kuasa dengan Fungsi Antiperangkap
• Lampu utama LED automatik
• Stereng balutan kulit buatan
• Pendingin automatik, zon tunggal
• Ada kamera undur


1.5T Flagship
• Skrin sentuh 12.3 inci
• Ada arahan suara
• Ada navigasi online
• Penstriman muzik
• Ada ramalan cuaca
• Sambungan internet 4G, Wi-Fi
• 6 Speaker
• Ada pad pengecas
• Tingkap Kuasa dengan Fungsi Antiperangkap
• Pilihan mod stereng — Comfort, Normal, Sport
• Panel meter digital LCD penuh
• Filem penapis haba
• Kerusi pemandu boleh dilaraskan kepada 6 arah
• Aplikasi Proton Link dengan status kenderaan, kawalan jauh
•
1.5 Flagship X
• Ada bumbung panaromik
Selain itu, Proton turut 5 Pakej Standard:
1. Jarak Perbatuan dengan waranti selama lima tahun.
2. Pakej data 1GB (5 tahun)
3. Servis Kos Buruh Percuma 6X
4. Kadar faedah pembiayaan bermula dari 2.34%
5. Program Insurans Proton
Malah terdapat juga, Pakej Early Bird seperti berikut:
1. Aerokit bernilai RM3,130
2. Servis baucar RM500
3. Program insurans upgrade Proton
Mengenai ciri- ciri keselamatan, varian Executive didatangkan dengan 6 beg udara (depan, sisi, dan tirai), VSA, ABS, EBD, bantuan brek, Bantuan mendaki bukit, Amaran perlanggaran belakang dab Bantuan tukar lorong.


Malah ada juga, amaran lintasan trafik belakang, Amaran membuka pintu dan sensor undur.
Bagi varian Premium pula, terdapat AEB, Amaran perlanggaran depan, Kawalan melayar adaptif dengan Stop/Go, Kawalan melayar pintar, Amaran menukar lorong, Elak tukar lorong, Kawalan ke tengah lorong, Maklmat papan tanda trafik, Lampu tinggi automatic, Sistem peninjau tekanan tayar dan Kamera keliling dengan paparan 3D.
Sementara itu, varian Flagship pula, dilengkapi dengan AEB, Amaran perlanggaran depan, Kawalan jelajah adaptif dengan Stop/Go, amaran tukar lorong, elak tukar lorong ada maklumat papan tanda trafik, lampu tinggi automatik.
- Kawalan melayar pintar
- Amaran menukar lorong
- Elak tukar lorong
- Kawalan ke tengah lorong
- Maklmat papan tanda trafik
- Lampu tinggi automatik
- Sistem peninjau tekanan tayar
- Kamera keliling dengan paparan 3D
Flagship X pula dilengkapi dengan semua ciri-ciri keselamatan seperti mana yang ada pada tiga varian lain.
Bagi yang berminat, ia didatangkan dalam warna Quartz Black, Passion Red dan Armour Silver manakala Flagship X pula: Snow White, Space Grey, Marine Blue dan Teal Bayou Green.
Gallery
Tag:
Proton S70
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

