Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

37, 242 Saman Trafik Sudah Dibayar

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Percaya atau tidak, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip saman berjumlah RM5.6 juta sempena acara Setahun Bersama Kerajaan Madani yang berlangsung selama tiga hari di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Seperti diketahui umum, orang ramai sanggup menunggu awal pagi semata-mata untuk melunaskan saman tertunggak mereka. Apatah lagi, PDRM menawarkan diskaun saman sehingga 50 peratus sepanjang program berlangsung dari 8 Disember hingga 10 Disember lalu.

Berdasarkan poster di halaman Facebook PDRM, pada hari pertama, pihaknya berjaya mengutip RM1.3 juta, hari kedua (RM1.9 juta) manakala hari ketiga (RM2.2 juta) sekali gus menjadikan jumlah kutipan mencecah sehinga RM5.6 juta.


image.png

Bercakap mengenai perkara itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman mengesahkan  37,242 saman trafik sudah selesai dibayar sepanjang pemberian diskaun saman 50% pada minggu lepas.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, kebanyakan saman itu dibayar melalui portal dan aplikasi MyBayar Polis Diraja Malaysia (PDRM).

image.png

“Dengan rekod penyelesaian saman sebanyak 87.4 peratus (tidak termasuk penyelesaian saman di kaunter), sebanyak 12,300 pesalah trafik telah menjelaskan 37,242 saman dalam tempoh dua hari,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, beliau mengakui kempen pengurangan kompaun saman sehingga 50 peratus itu mendapat sambutan cukup menggalakkan.

image.png

Begitupun, orang ramai dinasihatkan  tidak hanya menunggu ketika tawaran diskaun diumumkan bagi menjelaskan saman tertunggak. 

Pemberian diskaun adalah bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.

Sebaliknya, tawaran pengurangan kompaun itu tidak termasuk kesalahan lalu lintas sepanjang tahun 2023.

image.png

Äntaranya:

Saman kemalangan

Kes mahkamah berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan

Kesalahan tidak boleh dikompaun

Sebanyak 14 kaunter dibuka sejak 8 Disember hingga 10 Disember lalu.


Gallery

Tag:

diskaun saman 50%
PDRM MALAYSIA saman
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Diskaun Saman 50%: JPJ Tawar Diskaun Saman 50% Bermula 1 Nov-30 Dis 2025

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga menawarkan diskaun saman sebanyak 50 peratus bermula 1 November hingga 30 Disember ini.

27-10-2025
Berita Auto

Ada Berita Baik Untuk Orang Melaka, Esok Ada Diskaun Saman Trafik Sehingga 50%

PDRM menawarkan pengurangan bayaran kompaun saman trafik sebanyak 50% bagi kesalahan terpilih.

13-12-2024
Berita Auto

PDRM Tawar Diskaun Saman Tapi Hanya Untuk Saman Terpilih

PDRM bakal menawarkan diskaun saman trafik sehingga 50% bermula 15 Ogos ini.

13-08-2024
Berita Auto

Diskaun Saman KECUALI 10 Kesalahan Ini

Diskaun saman hanya diberikan kepada beberapa saman terpilih.

19-07-2024
Berita Auto

Jom Bayar Saman Trafik Di MAEPS, Esok

Pemberian saman itu hanya untuk saman terpilih.

12-07-2024
Berita Auto

PDRM Kutip Lebih RM1 Juta Diskaun Saman

PDRMberjaya mengutip lebih RM1 juta pembayaran saman selepas menawarkan diskaun saman 50%.

07-07-2024
Berita Auto

Orang Kuantan Jom Serbu Program Madani

Pembayaran saman hanya boleh dibuat di tapak program.

02-07-2024
Berita Auto

Program Madani Rakyat: Ada Diskaun Saman

PDRM tawar diskaun saman 50% bermula 5 Julai ini

29-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026