Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ada Berita Baik Buat Orang Kuching

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

GWM Malaysia dan rakan kongsinya membuka pusat servis 4S yang pertama di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi berkata, bilik pameran itu akan  memainkan peranan sebagai penghubung penting antara Great Wall Motor dan Kuching, Sarawak dalam usaha pihaknya memperluaskan capaian kepada lebih ramai pengguna di Malaysia Timur.

“Ini termasuk menyediakan rangkaian pilihan produk yang lebih luas, dan memastikan perkhidmatan yang terbaik.

"Rangkaian saluran kami semakin berkembang dari Malaysia Barat ke Malaysia Timur. Setiap pelancaran produk kami dikaji dengan teliti sebagai respons kepada permintaan pasaran. 

“Pada bulan Oktober tahun ini, kami mengukuhkan pelan kerjasama untuk pemasangan tempatan CKD dengan EP Manufacturing Berhad (EPMB),” katanya.

image.png

Malah, beliau cukup yakin bahawa produknya akan berkembang dengan pantas pada tahun hadapan menerusi pengenalan model kompetitif secara berturut-turut untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Berbalik kepada pusat servis itu,, pusat servis 4S yang terletak di Jalan Mendu, Kuching ini  menawarkan perkhidmatan jualan, servis, penyelenggaraan, dan alat ganti. 

image.png

Dengan keluasan 1,700 meter persegi, kemudahan ini menawarkan  bilik pameran seluas 550 meter persegi yang dibina khusus untuk menampung pelbagai model GWM. 

Selain itu, terdapat juga bengkel pusat servis yang seluas 492 meter persegi dengan 10 ruang kerja dan 2 ruang basuh kereta  bagi memastikan penyelenggaraan yang cekap .

Untuk keterangan lanjut, KLIK.

 image.png

Bilik Pameran GWM

Alamat: No 9, Lot 139, Section 56 KTLD, Jalan Mendu, 93200 Kuching, Sarawak

Hubungi: +6082 - 426727

Waktu Perniagaan: Isnin – Jumaat: 8:15 pagi  – 5:30 petang, Sabtu: 8:15 pagi - 4 petang, Ahad (Jualan sahaja): 10 pagi - 2  petang.

Gallery

Tag:

Great Wall Motor
GWM 4S Centre Kuching
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
GWM Haval H7 Generasi Terbaru Didedahkan Di China  – Lebih Elegan Dari Biasa

GWM Haval H7 Generasi Terbaru Didedahkan Di China – Lebih Elegan Dari Biasa

Syarikat automotif China, Great Wall Motor (GWM), baru sahaja mendedahkan gambar rasmi SUV crossover bersaiz sederhana terbarunya, Haval H7 generasi kedua.

06-01-2025
Berita Auto
Great Wall Motor Buka Pusat 4S

Great Wall Motor Buka Pusat 4S

Pusat Pengalaman Komprehensif 4S GWM kini ada di USJ.

15-05-2023
Kereta Baru
Trak ke RAKSASA? Itu Dia Trak Cannon

Trak ke RAKSASA? Itu Dia Trak Cannon

Great Wall Malaysia menayangkan trak pikap terbaharunya, Cannon di Malaysia Autoshow 2023.

05-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Proton X70 Terbabas, Wanita Putus Kaki

Proton X70 Terbabas, Wanita Putus Kaki

Lagi kemalangan di LPT2.

06-06-2026
Berita Auto
KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto
XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto
Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto
Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto
JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto
UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto
Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026