Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Auto Bavaria Kenalkan Servis Baharu

Suhana Veru

Kongsi melalui

Photo-2-(5).JPG

Auto Bavaria telah memperkenalkan inisiatif perintis sebagai pengedar pertama di Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan khas untuk kenderaan BMW dan MINI yang telah mencapai Status Klasik di pusat pengedar Ara Damansara.

Tawaran servis serba baharu ini bertujuan memenuhi keperluan peminat kereta klasik.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser mengakui jenama BMW dan MINI semakin diminati sejak beberapa tahun lalu.

“Kami percaya khidmat servis terbaharu ini akan memenuhi keperluan pasaran yang semakin berkembang, dan diperkukuh dengan keyakinan bahawa pakar-pakar Auto Bavaria boleh menyenggara model- model klasik dengan mahir,” katanya dalam satu kenyataan.

Photo-1-(5).JPG

Untuk itu, kumpulan BMW mentakrifkan kereta klasik sebagai kenderaan yang telah melebihi umur 15 tahun dari tarikh siri pengeluaran terakhir model, yang lazimnya berlaku selepas kitaran hayat tujuh tahun model tersebut.

Dengan dua ruang servis dan pasukan khas yang terdiri daripada dua juruteknik mahir, seorang penyelia dan dua penasihat servis yang diperuntukkan secara khusus untuk perkhidmatan ini di pusat pengedar Ara Damansara, Auto Bavaria menyediakan rangkaian perkhidmatan yang menyeluruh.

Perkhidmatan yang ditawarkan termasuk Penyenggaraan Servis, Pembaikan Komponen, Baik Pulih dan Penggantian, memastikan kenderaan pelanggan yang amat dihargai mendapat penjagaan dan perhatian teliti yang selayaknya diterima.

Malah, bagi menjamin ketulenan dan kualiti perkhidmatan, Auto Bavaria memberi keutamaan untuk membeli alat dan aksesori terus daripada BMW Jerman. 

Dalam keadaan alat khusus tersebut tidak lagi dikeluarkan, pusat pengedar ini akan mencari sumber alternatif terus daripada pembekal OEM sambil mengekalkan piawaian kualiti yang ketat.

Bukan itu sahaja, semua rekod servis akan dicatatkan dengan teliti di dalam Buku Servis Kereta Klasik BMW, memastikan sejarah lengkap penyenggaraan dan pembaikansemuanya disimpan di dalam sistem Auto Bavaria.

Bagi membuat temu janji untuk khidmat penyenggaraan kereta klasik BMW dan MINI, pelanggan boleh mendapatkan slot menerusi saluran servis biasa Auto Bavaria. 

Sehubungan itu, bagi yang berminat, anda boleh menghubungi Perkhidmatan Pelanggan Auto Bavaria di 1300-13-3338 atau kunjungi cawangan Ara Damansara.

Tag:

BMW Malaysia
BMW MINI
Auto Bavaria
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem

Suka Atau Tidak: Sejarah Reka Bentuk BMW Sentiasa Goncang Dunia Automotif.

07-08-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Berita Auto
Kereta Baru

BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum

Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.

27-04-2026
Berita Auto

Harga BMW Malaysia 2026 Naik Cecah RM16,000 – Model ICE Paling Terkesan!

Susulan semakan prestasi perniagaan minggu lalu, BMW Malaysia memulakan tahun 2026 dengan berita yang mungkin kurang enak buat bakal pembeli.

21-01-2026
Kereta Baru

BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K

BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro.

15-01-2026
Kereta Baru

BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia

BMW Group Malaysia awal hari ini telah memperkenalkan 2026 BMW iX1 eDrive20L M Sport. jawapan buat mereka yang mahukan bukan sahaja sebuah jentera mewah tetapi dengan keselesaan luar biasa.

15-01-2026
Pandu Uji

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

10-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026