Link Copiedcheck_circle
EV

DC Handal Lancar Pengecas EV Terpantas Di Bandar Melaka! Hanya RM1.50/kWh

Sofea Najmi

Kongsi melalui

DC-Handal-Pines-Melaka-(3).jpg


Fasiliti pengecasan pantas EV berkuasa 100 kW dilancarkan di The Pines Melaka


DC Handal telah melancarkan fasiliti pengecasan pantas DC Kempower di The Pines Melaka, yang terletak di Jalan Tun Sri Lanang, Bandar Melaka. Pelancaran kemudahan baharu untuk pengguna EV ini menjadikan DC Handal sebagai syarikat penyedia pengecas DCFC yang terpantas di Bandar Melaka. 


MELAKA JADI TUMPUAN PENYEDIA PENGECAS EV


Selain DC Handal, banyak syarikat penyedia pengecas EV memberi tumpuan kepada pemasangan fasiliti pengecasan di Melaka, misalnya ChargeSini di Jasin dan Pulau Sebang, serta Supercharger Tesla di A’Famosa Freeport. 


Trend ini menunjukkan bahawa syarikat-syarikat ini mungkin menjangkakan Melaka akan menerima aliran pelancong yang memandu EV dari Singapura dan negeri-negeri lain di Malaysia sepanjang tahun. 


FASILITI DCFC DC HANDAL TERBARU DI BANDAR MELAKA


DC-Handal-Pines-Melaka-(2).jpg


Kemudahan pengecas terbaru ini merupakan pengecas terpantas di Bandar Melaka buat masa ini


Sumber dalaman kami mendedahkan, unit pengecas DCFC Kempower yang berkuasa 100 kW ini dilengkapi dengan sistem modulasi output dinamik yang  beroperasi berdasarkan keadaan cas EV (SOC). Sekiranya EV yang dicas memiliki SOC lebih rendah, ia akan menerima lebih banyak input berbanding EV dengan SOC lebih tinggi yang menggunakan fasiliti sama, oleh itu, proses pengecasan dapat diselesaikan dengan lebih pantas. 


DC-Handal-Pines-Melaka-(4).jpg


Kedua-dua sambungan kabel CCS2 boleh menyalurkan output setinggi 100 kW


Bergantung kepada keupayaan input EV atau jumlah EV yang disambung, setiap sambungan CCS2 pengecas Kempower ini dapat mengeluarkan output maksimum sehingga 100 kW.


KADAR PENGECASAN DCFC THE PINES MELAKA


DC-Handal-Pines-Melaka-(1).jpg


Info pengecas DC Handal di The Pines Melaka yang dipaparkan oleh PlugShare


Kadar cas di stesen DCFC The Pines Melaka ini ditetapkan pada RM1.50/kWh. Pengguna boleh membuat pembayaran melalui kad debit atau kredit, Google Pay, Apple Pay, Samsung Pay, serta melalui aplikasi JomCharge dan chargEV.

Tag:

DC Handal
Kempower
Pengecas DCFC
Pengecas EV Melaka
Pengecas EV 100 kW
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-01-2026
EV

07-10-2025

Berita Terkini

EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026